Ads Banner

Thursday, 31 March 2016

Rasai suasana 3D dengan duduk di rumah sahaja.


Siapa sangka dengan hanya duduk di rumah sahaja kita boleh merasai pengalaman yang belum kita rasa selama ini seperti terbang di udara, menyelam di dasar lautan, menerokai angkasa dan berbagai lagi suasana yang ingin di cuba. Dengan adanya teknologi terkini yang di panggil VR ( virtual reality ) atau di panggil realiti maya, penglihatan kita seolah-olah seperti berada di tempat sebenar dalam keadaan 360 darjah. Anda boleh melihat menoleh , mendongak atau menunduk untuk melihat keadaan sekeliling.

Ramai yang kata peralatan ini agak mahal untuk di miliki tapi sebenarnya tidak. Kini peralatan headset vr ini boleh di beli melalui lelong.my dengan harga yang sangat murah dan ia di panggil google cardboad. Ia di perbuat daripada cardboard tapi fungsinya tetap sama.




Satu lagi alatan penting adalah smartphone. Pastikan sistem phone anda ada fungsi gyro. Ia adalah fungsi utama dan syarat wajib bagi melengkap penggunaan VR. Kebanyakan smartphone sekarang memiliki sistem gyro ini dan boleh di periksa dengan memuaturun aplikasi VR di playstore. 




Bagi video pula anda boleh muaturun aplikasi VR player dan ia akan menyambungkan ke youtube 360° di mana semua video boleh di lihat dalam suasana 360 darjah. Aplikasi permainan VR juga di sediakan di dalam playstore jika ingin bermain dalam keadaan realiti maya ini.

Jadi cubalah sekarang untuk merasai suasana yang belum anda rasai selama ini

Thursday, 24 March 2016

5 Sebab mengapa Boboiboy The Movie jadi popular


Tayangan Boboiboy the Movie telah pun mendapat kutipan RM14 juta dalam masa 20 hari iaitu melebihi target asal di Malaysia sebanyak RM13 juta. Di sini saya akan senaraikan sebab kenapa filem ini laris macam goreng pisang panas:
  1. Syarikat monsta telah menyiarkan siri animasi pertamanya di kaca tv pada 13 mac 2011. Kemudian ia telah menjadi viral apabila ia telah di upload ke youtube dan telah di tonton oleh berjuta pelayar di internet.
  2. Kalau kanak-kanak dah teruja dengan aksi boboiboy dalam siri animasi di kaca tv maka tidak hairanlah mereka tidak sabar untuk menonton di wayang pula. Dengan ini maka terpaksalah ibu bapa membawa semua anak-anak ke panggung wayang, bayangkan berapa ramai kanak-kanak ada di seluruh malaysia?
  3. Masa tayangan menjadi faktor utama iaitu semasa cuti sekolah dan tayangan animasi yang lain pun tak banyak di pawagam, so saingan pun kurang.
  4. Promosi berterusan di media prima, kalau siaran drama ke kartun ke mesti ada logo boboiboy the movie di bucu kiri atas skrin.
  5. Komen positif dari media sosial yang telah menonton boboiboy the movie dari kanak-kanak hinggalah ke dewasa memberi markah 8 ke 10 bintang! Jadi yang belum menontonnya mesti nak pergi tengok apa yang best sangat cerita ni.
Jadi itulah sebabnya boboiboy the movie mendapat kutipan di luar jangkaan tapi cuma ada kekurangan lagi iaitu permainan robot dan action figure boboiboy kurang berada di pasaran. Seperti saya sendiri juga ingin memiliki mainan robot seperti ochobot, mega probe, papazola serta kapal tengkotak sebagai  permainan dan koleksi peribadi. Semoga saudara nizam razak dapat memenuhi permintaan kami...

Wednesday, 23 March 2016

Cara paling mudah kurangkan suhu panas dalam rumah


Sejak kebelakangan ini suhu cuaca amat tinggi hingga ramai diantara kita tidak selesa duduk di rumah walaupun di sebelah malam. Di sini saya berikan sedikit tips untuk mengurangkan kepanasan di dalam rumah dan terus terang katakan ia memerlukan kos tetapi berkesan.

Alat untuk mengurang haba di panggil ventilator. Terdapat dua jenis ventilator yang berada di pasaran sekarang ini iaitu turbine ventilator dan solar ventilator. Ramai yang perasan benda ni di pasang di kilang2 dan di kedai padahal ia boleh di pasang di rumah juga...

Turbine ventilator

Solar ventilator



Kedua-dua jenis ventilator ini memiliki fungsi yang sama iaitu mengalirkan haba keluar luar di bawah bumbung. 




Salah satu kelebihan ventilator ini adalah dapat menjimatkan penggunaan bil aircond kerana jika haba di dalam rumah dapat dikurangkan maka proses penyejukkan aircond adalah lebih cepat dan efisyen. Berapa harga dia? Anda boleh la tanya en.google untuk dapatkan info lain. Tapi apa saya tau waranti dia sehingga 10 tahun so apa salahnya buat pelaburan sedikit untuk keselesaan keluarga.

Tuesday, 1 September 2015

Penerangan qurban aqiqah

Kami di eQurban Resources Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan untuk membantu menjana ekonomi rakyat setempat seperti di Kemboja dan Indonesia.

eQurban dengan kerjasama koperasi setempat mengusahakan ladang ternakan lembu dan kambing.

Semua ternakan ini dijaga untuk tempahan Qurban dan Aqiqah oleh umat islam dari seluruh dunia.

===
Kenapa menempah Qurban dan Aqiqah bersama eQurban?
===

Tempahan kambing atau lembu yang dibuat bersama kami akan kami sembelih di lokasi seperti Kemboja, Indonesia atau Mekah (terhad semasa hari raya Aidiladha).

Tujuan utama kenapa ianya disembelih di sana adalah disebabkan keadaan ekonomi yang tidak mengizinkan mereka menikmati hidangan daging seperti kita semua di Malaysia.

===
Bagaimana untuk membuat tempahan Qurban atau Aqiqah?
===

Anda hanya perlu mengikut 3 langkah mudah ini

✓ Klik dan pergi ke halaman kami dgn klik gambar di bawah
✓ Pilih bahagian Qurban atau Aqiqah
✓ Kemudian buat pemilihan sama ada Lembu atau Kambing
✓ Isi borang tempahan dan buat bayaran seperti yang dinyatakan
✓ Hantar tempahan.

Semua tempahan akan disahkan oleh pihak admin dalam tempoh 24-48 jam, selepas pengesahan dibuat, anda boleh melihat dalam ruangan arkib tempahan untuk senarai tempahan aktif.

Tempahan aqiqah akan diselesaikan dalam tempoh 60 hari manakala tempahan qurban akan diselesaikan semasa musim raya haji.

Harga untuk tempahan bersama eQurban adalah seperti berikut:

1 Ekor Kambing = RM580 seekor
1 Ekor Kambing (Mekah) = RM450 seekor
1 Bahagian Lembu = RM320 satu bahagian.


Sunday, 16 August 2015

ISTERI SEBAK BILA TAHU KENAPA SUAMINYA MINTA HARI-HARI MASAK.




Setiap kali pulang ke rumah, suamiku pasti membawa sekali buah tangan bersamanya. Kadang-kadang, dia membawa pulang roti. Kadang-kadang pisang goreng. Dan kadang-kadang buah cempedak. Senang cerita, memang tak miss lah hari-hari dia bersama buah tangan untuk kami.

Dan, setiap kali pulang juga, dia pasti meminta aku menghidangkan nasi untuknya. Lapar katanya...

Suatu hari, sedang dia berselera menghadap hidangan, ringan mulut aku ingin bertanya sesuatu kepadanya...

''Hmm... Abang. Saya nak tanya something kat Abang ni...''

''Ya sayang... Apa dia? Tanyalah... '' jawab dia dengan mulut dipenuhi nasi dan ulam.

''Tengahari, Abang memang tak makan kat ofis ke...?? '' soalku lembut.

''Ermm tak. Kenapa sayang??? '' pendek dan ringkas jawapan dia.

''Takdelah. Saya tengok abang hari-hari minta saya masak. Kalau boleh, saya nak juga berehat sehari dua. Kalau abang dah makan, untuk makan malam bolehlah saya masak ringan-ringan. Penatlah bang...

''Dengan si kenit ni yang tak duduk diam, rumah yang bersepah, kain baju berbakul-bakul yang nak kena basuh, jemur dan lipat... saya kadang-kadang stress...''

Satu-satu aku susun perkataan ini agar dia tidak terasa. Ustaz pun ada cakap, tugas memasak tu bukan tugas isteri tapi adalah tugas suami. Jadi, tak salah rasanya aku meluahkan perasaan. Lagi pun, aku minta tak masak je. Tugas-tugas lain aku buat. Harap sangat dia faham.

Dia memberhentikan kunyahannya. Lantas, saki-baki nasi yang masih tersisa, ditelannya terus. Kali ini, dia fokus dan tepat memandang mataku. Sebelum dia berbicara, secangkir senyuman dia hadiahkan untukku. Manis...

''Sayang, abang minta maaf kerana menyusahkan sayang. Abang tak tahu sayang penat. Kalau abang tahu, abang takkan minta sayang masak...''

Dia berhenti seketika mengambil nafas lalu menyambungnya kembali...

''Hmm... Ada 3 perkara yang abang rasa sayang perlu tahu kenapa abang tak makan tengahari...''

3 perkara? Apakah ia? Dalam debaran aku menanti dia memberitahu 'rahsia' tersebut.
''Pertamanya ialah kerana... Abang rindu nak makan masakan dari hasil air tangan isteri abang. Masakan sayang sedap. Tiada kedai yang mampu menyaingi kesedapan masakan sayang... ''

Allah... aku tersentap. Begitu mulianya hatimu wahai suami. Bersalah pulak aku rasa... dek kerana menyuarakan perasaan penat yang tak seberapa tadi. Belum sempat aku meminta maaf, dia menyambung lagi...

''Kedua... kalau abang makan tengahari, kenyang itu akan sampai ke malam. Jadi, bila pulang ke rumah, abang mungkin takkan makan lagi. Untuk tidak mengecewakan sayang, abang sanggup berlapar pada tengahari untuk makan masakan isteri tercinta abang ni...''

Saat itu, aku dah hampir tewas. Tewas dengan air mata yang ingin berlumba-lumba keluar dari bingkisan kelopak ini. Namun aku cuba menahannya sehingga perkara ketiga diberitahu suami...

''Dan ketiga ialah kerana abang tak ada duit. Duit makan tengahari abang, abang simpan. Abang simpan untuk belikan sayang dan Una 'hadiah' ketika mana abang pulang di waktu petang...''

Kala itu aku terus menerpa ke arah suamiku. Tangannya yang masih basah dengan kuah aku capai lantas ku cium memohon kemaafan darinya. Berdosanya aku...

''Takpe... Sayang tak buat salah pun dengan abang. Abang yang salah kerana menyerahkan tanggungjawab memasak kepada sayang. Besok In syaa Allah, abang masak sendiri k. Dah... jangan nangis...''

Sebak suaranya sambil memujuk aku.
Dalam esak tangisan ku itu, aku menggeleng-gelengkan kepala. Tak sanggup aku mengiyakan permintaannya. Dia yang seharian penat bekerja dan 'berpuasa' tak sepatutnya aku layan sebegitu rupa. Oh Allah... Ampuni aku dan rahmatilah suamiku...

Sebagai renungan bersama. Semoga kita sama2 dpt muhasabah diri...

Utk para isteri terutama surirumah sepenuh masa... bersyukurlah...

Wallahu A'lam.

Thursday, 13 August 2015

"DAH TERTULIS REZEKI AWAK"



Benar-benar terkesan di hati saya.

Sejak petrol turun harga saya tak pandai nak anggar harga petrol nak isi dalam cik bibah. Tadi tank masih ada dua bar. So saya agak ada la kat dlm 10-15 rggt je. So saya bayar di kaunter untuk isi RM50. Rupanya bila rm42 dah penuh.. saya pump juga sampai rm45. Takut nak isi lagi.. sebab pernah terjadi melimpah2 keluar petrol.

Saya malas nak gi masuk dalam minta refund lagi rm5. Nak burn je sayang pulak. Saya pegang nozzle sambil perhati kot2 ada motor masuk.. takde pon. Saya hampir nak letak balik sebab nak tutup lubang tempat isi minyak kat kereta, tapi saya cuba pegang nozzle tu sambil tutup lubang minyak tu.. buat lambat sikit. Niat nak tunggu kot2 ada motor masuk.

Selesai je, hampir saya nak letakkan nozzle, ada satu motor datang ke pump sebelah. Budak muda, awal 20an saya kira. Saya panggil dia suruh tolak motor ke pump ni, saya cakap ada rm5 lagi, ambillah. Dia tolak motor ke tempat saya, dia seluk poket nak bayar, saya cakap tak payah, saya pass nozzle ke dia. Saya cakap .."ambillah akak malas nak refund ke dalam.."

Dia cakap terima kasih. Dia tunduk, nampak sedih. Dia tunduk betul2 macam tak sanggup pandang kita, atau tunduk syukur pada Allah gitu. Cam speechlesss gitu..
Saya tanya dia, "eh apesal?"

Dia jawab dalam menahan sebak."Saya doa akak murah rezeki, tak tau nak cakap macam mana. sebenarnya saya belum gaji, duit sy ada 10 ringgit je ni, dok fikir isi minyak 3rggt, tinggal 7 rggt. Dok atas motor tadi saya dok fikir pasal duit je.. saya serah pada Allah je. Rupanya Allah nak bagi rezeki saya dapat minyak motor free,"

Saya pula sedih.. saya senyum je dan cakap.
"Dah tertulis rezeki awak,"

Saya masuk kereta, terus jalan. Dari jauh nampak dia lambai tangan tanda terima kasih. Saya yang cengeng dah 'banjir' dlm kereta. YA Allah.. bila hambaMu tawakal padaMu. Ada rezeki yang dah KAU janjikan.

Dan rencana Allah tu pasti. Saya sepatutnya nak drive terus balik Putrajaya, dan isi minyak di Petronas, sebaliknya Allah gerakkan hati saya belok ke Petron di Besraya. Jarang saya berhenti di situ isi minyak, hari ni tergerak hati nak isi kat situ..

Dan patutnya tadi saya guna debit kad, isi penuh ja.. tetapi saya pi masuk bayar rm50 kat dalam, teragak nak isi rm45 sahaja, tapi hati kata rm50 baru penuh.. rupanya betul cuma rm45 sahaja.. rm5 tu bukan hak saya, hak orang lain. Allah dah susun dan atur cantik2.

Itulah yang dikatakan dalam rezeki kita ada hak orang lain, yang kita kena kembalikan semula. Teratur hari ini dalam bahagian saya ada bahagian adik itu. Semuanya dari Allah. Niat kita juga penting.. saya benar niatkan nak kasi je baki petrol dah bayar tu pada sesiapa pun, dan dalam hati terdetik, biarlah dapat pada orang benar-benar layak. Maka Allah temukan kami.

Saya menangis sambil drive sebab saya semakin kuat dan yakin konsep tawakal pada Allah. Benar2 serahkan segala-galanya padaNya. Menulis ini pun saya sebak.

Tuesday, 11 August 2015

10 barang yg tak elok simpan dalam kereta selalu



1) Ubat-ubatan

Apa sahaja jenis ubat terutama pil-pil yang diperoleh daripada doktor tidak boleh disimpan di dalam kenderaan. Apabila cuaca panas, suhu dalam kenderaan juga meningkat sekali gus mengubah struktur molekul dalam ubat-ubatan. Akibatnya, keberkesanan ubat tersebut akan berkurangan.

2) Botol air plastik

Plastik diperbuat daripada bahan sampingan petroleum! Para penyelidik Jerman juga menemukan bahan digelar ‘pengganggu endokrin‘ di dalam botol polietilena terephtalate (PET). Bahan tersebut berpotensi untuk menggugat estrogen dan hormon pembiakan lain di dalam tubuh manusia. Justeru apabila ia terdedah kepada cuaca panas (berbanding disimpan di persekitaran bersuhu bilik), bahan berbahaya dalam botol plastik akan terlerai dan meresap ke dalam air.

3) Kaca mata

Anda terkejut bukan? Selama ini kita memang menyimpan kaca mata khususnya cermin mata hitam di dalam kenderaan bagi memudahkan penggunaannya di siang hari. 

Namun adakah anda perasan hanya selepas beberapa penggunaan, bingkai dan pelipis (temple) kaca mata anda mengalami perubahan bentuk? 

Suhu panas di dalam kenderaan akan melembutkan apa sahaja bingkai yang diperbuat sama ada daripada plastik, asetat atau nilon. Akibatnya kaca mata anda akan longgar apabila dipakai.

4) Penyembur rambut

Bukan penyembur rambut sahaja, malah apa jua barangan mudah terbakar jangan sesekali ditinggalkan dalam kenderaan. 

Anda sendiri tahu kesannya bukan? Ia akan meletup dan merisikokan keselamatan kenderaan.

5) Telefon pintar

Peralatan elektronik seperti telefon pintar, pemain MP3, iPad dan semua daripada kelompoknya juga tidak boleh ditinggalkan dalam kenderaan. 

Suhu panas yang terkumpul di dalam kenderaan akan merosakkan fungsi gajet elektronik anda terutamanya bateri. 

Maka usah bising kalau jangka hayat bateri anda semakin pendek sekiranya anda tergolong dalam individu yang kerap meninggalkan telefon pintar di dalam kenderaan.

6) Pemetik api

Ketika cuaca panas, pemetik api yang ditinggalkan dalam kenderaan boleh mengundang bahaya. Biarpun kecil, ia boleh meletup akibat tekanan ekoran peningkatan suhu di dalam kenderaan. Akibatnya, cermin kenderaan anda mungkin merekah atau meninggalkan lubang pada kerusi.

7) Minyak wangi

Janganlah tinggalkan minyak wangi di dalam kenderaan. Apa guna anda membeli haruman berjenama pada harga yang mahal jika akhirnya bauannya berubah? 

Suhu panas dalam kenderaan akan menyejat bauan daripada minyak wangi. Maka minyak wangi pun bertukar menjadi minyak tanpa haruman.

8) CD dan DVD

Cakera padat (CD) atau cakera video digital (DVD) bukanlah barangan asing di dalam kenderaan. Kebiasaannya kita akan menyimpan CD lagu kegemaran di dalam kompartmen yang terletak di bahagian tempat duduk penumpang depan. 

Namun tahukah anda jika disimpan terlalu lama di dalam kenderaan dan terdedah kepada cuaca panas, ia akan meleding (melengkung)? Maka terpaksalah anda membeli CD baharu bagi menggantikan CD yang rosak.

9) Lipstik

Wanita memang gemar meninggalkan alat solek di dalam kenderaan terutamanya lipstik. Kebiasaan itu mesti dikikis kerana lipstik mudah mencair apabila terdedah kepada cuaca panas.

10) Surat dan dokumen beralamat

Apa sahaja surat atau dokumen (bil elektrik atau air) sering ditinggalkan di dalam kenderaan. 

Anda perlu berwaspada kerana kesilapan kecil ini boleh mengundang padah. Surat dan dokumen lengkap beralamat serta mempunyai maklumat peribadi termasuk nombor kad pengenalan mesti dielakkan daripada disimpan di dalam kenderaan. 

Sekiranya kenderaan anda dipecahkan atau dilarikan pencuri, maklumat penting tersebut berkemungkinan besar untuk disalah guna.

# penyelesaiannya beli kereta warna putih..atau pasang tinted yg paling mahal supaya kereta tak panas.

Sponsored