Ads Banner

Showing posts with label Menarik. Show all posts
Showing posts with label Menarik. Show all posts

Thursday, 19 May 2016

Di Jepun kita dapat melihat muslim tanpa islam




Bercerita tentang Jepun, ramai yang memuji sifat masyarakatnya yang berdisiplin, menepati masa, menjaga kebersihan dan macam-macam lagi. Benar, di sini kita dapat melihat Muslim tanpa Islam. Namun, dalam macam-macam yang dikatakan orang itu, satu yang menarik perhatian gua.

Ramai yang bertanya, lelaki Jepun handsome tak?

Gua akan garu kepala dan senyum. Sebab kan beauty lies on the eyes of the beholder.

Tapi kalau ada yang bertanya, nak kahwin dengan pempuan Jepun tak?

jawapan: Kompom le Nakkkk!!!!!!! 

Rata-rata masyarakat di sini berkahwin lambat. Namun, dapat dilihat mereka yang berkahwin adalah mereka yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarga mereka. Gua sangat kagum dengan sifat para suami atau ayah di Jepun.

Setiap pagi, dalam perjalanan ke destnasi, inilah pemandangan yang gua lihat.

Ayah berpimpinan tangan dengan anak-anak kecil mereka, berjalan bersama ke sekolah sebelum ke tempat kerja masing-masing.
Kalau dilihat dalam train pula, apabila anak-anak kecil menangis atau merengek, maka si ayah yang akan mendukung dan menghiburkan hati si anak.

Apabila berjalan bersama isteri dan anak-anak, si ayah yang akan mendukung atau memimpin si anak. Si ibu pula hanya menolak stroller kosong atau tertawa melihat telatah suami dan anak.

Ayah berbasikal membawa anak dalam raga, ayah melayan rengek si anak. Pemandangan yang biasa dilihat di sini. Pemandangan yang sangat jarang dilihat di tanah air kita sendiri. Sifat penyayang mereka terhadap keluarga dan anak-anak, sifat prihatin terhadap kaum wanita yang telah melahirkan zuriat untuk mereka, benar-benar mengagumkan. Memang banyak lagi sifat buruk lelaki Jepun, tapi dalam buruk-buruk perangai mereka, mereka sangat baik dan bertanggungjawab terhadap keluarga.

Pernah juga gua dan rakan-rakan melepak di masjid di sini, si ibu(Jepun) masuk bersama anaknya yang sedang menangis dan mengamuk sehingga menggulingkan diri di lantai masjid. Kami yang sedang makan pun berasa tidak sedap hati, lalu seorang sahabat saya membawa coklat dan menghulurkan kepada si anak untuk memujuknya daripada terus menangis, namun jawab si ibu,

“Daijoubu desu. Ima daiji na tokoro desu.”

“Tak mengapa. Sekarang masa yang penting.”

Masa untuk si ibu mentarbiyah anak untuk berperangai lebih baik. Lalu kami mendengarkan pertuturan mereka.

“Aisyah-san, awak nak ape? Kalau awak nangis-nangis macam ni mama tak faham. Nangis-nangis ni baby je. Aisyah bukan baby lagi. Awak nak ape? Nak buat ape?”

“Cakap. Kalau nangis memang mama tak faham. Awak bukan budak kecik lagi dah.”

Mereka melayan si anak sewajarnya seperti orang dewasa. Patutlah anak-anak kecil di sini tak banyak meragam. Didikan itu bukan dengan memberikan mereka apa yang mereka mahukan, tetapi mengajar mereka untuk berfikir dan bertindak sewajarnya sesuai dengan usia mereka.

Kalau dalam train pula, apabila anak-anak yang telah boleh berjalan, lingkungan 4 hingga 6 tahun bermain-main atau membuat bising, si ibu akan menyuruh mereka agar berdisiplin sambil menunjukkan tanda-tanda jangan bising, sila pegang penghadang untuk mendisiplinkan mereka. Dalam kelembutan wanita-wanita Jepun, mereka sangat serius dalam mendidik anak-anak menjadi orang yang berguna.

Rasulullah SAW bersabda, “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Lagi sabda Rasulullah SAW, “Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir)


Masih belum terlambat untuk kita semua merubah diri dan sifat diri mencontohi yang terbaik, Rasulullah SAW dalam bergaul dengan keluarga. Kalau mereka yang tiada aqidah Islam, mampu untuk menghormati wanita dan anak-anak, menyayangi keluarga, kerana itulah fitrah manusia yang telah ditetapkan olehNya. Apatah lagi kita yang Allah ganjarkan bermacam-macam ganjaran apabila berbuat baik kepada ibubapa dan keluarga.

Sumber fb: Lai Fatt Chua


Sunday, 24 April 2016

Malaysia tersenarai bandar paling bahaya di Asia?




Sungguhpun Malaysia terdapat beberapa destinasi pelancongan yang terkenal di mata dunia, namun demikian masalah keselamatan di sesetengah negeri turut 'diiktiraf' di peringkat antarabangsa. 

Baru-baru ini, Laman Pelancongan Antarabangsa, WorldAtlas.com telah menyenaraikan 10 bandar yang berbahaya di rantau Asia. Terdapat 4 bandar Malaysia tersenarai berbanding dengan Filipina yang hanya 2 bandar tersenarai.

Berikut 10 Bandar Paling Bahaya Di Asia: 

1) Karachi, Pakistan
2) Kuala Lumpur, Malaysia
3) Petaling Jaya, Malaysia
4) Gurgaon, India
5) Klang, Malaysia
6) Dhaka, Bangladesh
7) Ulaan Baatar, Mongolia
8) Manila, Filipina
9) Bandar Quezon, Filipina
10) Johor Bahru, Malaysia

Berdasarkan huraian yang dibuat, sebab utama keempat-empat bandar tersenarai adalah seperti berikut: 

Kuala Lumpur - Tedapat aktiviti jenayah yang serius, penjenayah bukan sahaja mencari peluang untuk bertindak ke atas pelancong asing malah penduduk tempatan.

Petaling Jaya - Kejadian rompakan sering berlaku, termasuk juga kes pecah rumah, pembunuhan dan pergaduhan antara geng kongsi gelap turut kerap terjadi.

Klang - Memiliki bilangan geng kongsi gelap dan kumpulan jenayah yang banyak. 

Jelas WorldAtlas , Ianya hanya perbandingan dari segi kadar jenayah bandar-bandar utama di Asia, tidak termasuk kawasan-kawasan yang dilanda perang.


Sunday, 16 August 2015

ISTERI SEBAK BILA TAHU KENAPA SUAMINYA MINTA HARI-HARI MASAK.




Setiap kali pulang ke rumah, suamiku pasti membawa sekali buah tangan bersamanya. Kadang-kadang, dia membawa pulang roti. Kadang-kadang pisang goreng. Dan kadang-kadang buah cempedak. Senang cerita, memang tak miss lah hari-hari dia bersama buah tangan untuk kami.

Dan, setiap kali pulang juga, dia pasti meminta aku menghidangkan nasi untuknya. Lapar katanya...

Suatu hari, sedang dia berselera menghadap hidangan, ringan mulut aku ingin bertanya sesuatu kepadanya...

''Hmm... Abang. Saya nak tanya something kat Abang ni...''

''Ya sayang... Apa dia? Tanyalah... '' jawab dia dengan mulut dipenuhi nasi dan ulam.

''Tengahari, Abang memang tak makan kat ofis ke...?? '' soalku lembut.

''Ermm tak. Kenapa sayang??? '' pendek dan ringkas jawapan dia.

''Takdelah. Saya tengok abang hari-hari minta saya masak. Kalau boleh, saya nak juga berehat sehari dua. Kalau abang dah makan, untuk makan malam bolehlah saya masak ringan-ringan. Penatlah bang...

''Dengan si kenit ni yang tak duduk diam, rumah yang bersepah, kain baju berbakul-bakul yang nak kena basuh, jemur dan lipat... saya kadang-kadang stress...''

Satu-satu aku susun perkataan ini agar dia tidak terasa. Ustaz pun ada cakap, tugas memasak tu bukan tugas isteri tapi adalah tugas suami. Jadi, tak salah rasanya aku meluahkan perasaan. Lagi pun, aku minta tak masak je. Tugas-tugas lain aku buat. Harap sangat dia faham.

Dia memberhentikan kunyahannya. Lantas, saki-baki nasi yang masih tersisa, ditelannya terus. Kali ini, dia fokus dan tepat memandang mataku. Sebelum dia berbicara, secangkir senyuman dia hadiahkan untukku. Manis...

''Sayang, abang minta maaf kerana menyusahkan sayang. Abang tak tahu sayang penat. Kalau abang tahu, abang takkan minta sayang masak...''

Dia berhenti seketika mengambil nafas lalu menyambungnya kembali...

''Hmm... Ada 3 perkara yang abang rasa sayang perlu tahu kenapa abang tak makan tengahari...''

3 perkara? Apakah ia? Dalam debaran aku menanti dia memberitahu 'rahsia' tersebut.
''Pertamanya ialah kerana... Abang rindu nak makan masakan dari hasil air tangan isteri abang. Masakan sayang sedap. Tiada kedai yang mampu menyaingi kesedapan masakan sayang... ''

Allah... aku tersentap. Begitu mulianya hatimu wahai suami. Bersalah pulak aku rasa... dek kerana menyuarakan perasaan penat yang tak seberapa tadi. Belum sempat aku meminta maaf, dia menyambung lagi...

''Kedua... kalau abang makan tengahari, kenyang itu akan sampai ke malam. Jadi, bila pulang ke rumah, abang mungkin takkan makan lagi. Untuk tidak mengecewakan sayang, abang sanggup berlapar pada tengahari untuk makan masakan isteri tercinta abang ni...''

Saat itu, aku dah hampir tewas. Tewas dengan air mata yang ingin berlumba-lumba keluar dari bingkisan kelopak ini. Namun aku cuba menahannya sehingga perkara ketiga diberitahu suami...

''Dan ketiga ialah kerana abang tak ada duit. Duit makan tengahari abang, abang simpan. Abang simpan untuk belikan sayang dan Una 'hadiah' ketika mana abang pulang di waktu petang...''

Kala itu aku terus menerpa ke arah suamiku. Tangannya yang masih basah dengan kuah aku capai lantas ku cium memohon kemaafan darinya. Berdosanya aku...

''Takpe... Sayang tak buat salah pun dengan abang. Abang yang salah kerana menyerahkan tanggungjawab memasak kepada sayang. Besok In syaa Allah, abang masak sendiri k. Dah... jangan nangis...''

Sebak suaranya sambil memujuk aku.
Dalam esak tangisan ku itu, aku menggeleng-gelengkan kepala. Tak sanggup aku mengiyakan permintaannya. Dia yang seharian penat bekerja dan 'berpuasa' tak sepatutnya aku layan sebegitu rupa. Oh Allah... Ampuni aku dan rahmatilah suamiku...

Sebagai renungan bersama. Semoga kita sama2 dpt muhasabah diri...

Utk para isteri terutama surirumah sepenuh masa... bersyukurlah...

Wallahu A'lam.

Thursday, 13 August 2015

"DAH TERTULIS REZEKI AWAK"



Benar-benar terkesan di hati saya.

Sejak petrol turun harga saya tak pandai nak anggar harga petrol nak isi dalam cik bibah. Tadi tank masih ada dua bar. So saya agak ada la kat dlm 10-15 rggt je. So saya bayar di kaunter untuk isi RM50. Rupanya bila rm42 dah penuh.. saya pump juga sampai rm45. Takut nak isi lagi.. sebab pernah terjadi melimpah2 keluar petrol.

Saya malas nak gi masuk dalam minta refund lagi rm5. Nak burn je sayang pulak. Saya pegang nozzle sambil perhati kot2 ada motor masuk.. takde pon. Saya hampir nak letak balik sebab nak tutup lubang tempat isi minyak kat kereta, tapi saya cuba pegang nozzle tu sambil tutup lubang minyak tu.. buat lambat sikit. Niat nak tunggu kot2 ada motor masuk.

Selesai je, hampir saya nak letakkan nozzle, ada satu motor datang ke pump sebelah. Budak muda, awal 20an saya kira. Saya panggil dia suruh tolak motor ke pump ni, saya cakap ada rm5 lagi, ambillah. Dia tolak motor ke tempat saya, dia seluk poket nak bayar, saya cakap tak payah, saya pass nozzle ke dia. Saya cakap .."ambillah akak malas nak refund ke dalam.."

Dia cakap terima kasih. Dia tunduk, nampak sedih. Dia tunduk betul2 macam tak sanggup pandang kita, atau tunduk syukur pada Allah gitu. Cam speechlesss gitu..
Saya tanya dia, "eh apesal?"

Dia jawab dalam menahan sebak."Saya doa akak murah rezeki, tak tau nak cakap macam mana. sebenarnya saya belum gaji, duit sy ada 10 ringgit je ni, dok fikir isi minyak 3rggt, tinggal 7 rggt. Dok atas motor tadi saya dok fikir pasal duit je.. saya serah pada Allah je. Rupanya Allah nak bagi rezeki saya dapat minyak motor free,"

Saya pula sedih.. saya senyum je dan cakap.
"Dah tertulis rezeki awak,"

Saya masuk kereta, terus jalan. Dari jauh nampak dia lambai tangan tanda terima kasih. Saya yang cengeng dah 'banjir' dlm kereta. YA Allah.. bila hambaMu tawakal padaMu. Ada rezeki yang dah KAU janjikan.

Dan rencana Allah tu pasti. Saya sepatutnya nak drive terus balik Putrajaya, dan isi minyak di Petronas, sebaliknya Allah gerakkan hati saya belok ke Petron di Besraya. Jarang saya berhenti di situ isi minyak, hari ni tergerak hati nak isi kat situ..

Dan patutnya tadi saya guna debit kad, isi penuh ja.. tetapi saya pi masuk bayar rm50 kat dalam, teragak nak isi rm45 sahaja, tapi hati kata rm50 baru penuh.. rupanya betul cuma rm45 sahaja.. rm5 tu bukan hak saya, hak orang lain. Allah dah susun dan atur cantik2.

Itulah yang dikatakan dalam rezeki kita ada hak orang lain, yang kita kena kembalikan semula. Teratur hari ini dalam bahagian saya ada bahagian adik itu. Semuanya dari Allah. Niat kita juga penting.. saya benar niatkan nak kasi je baki petrol dah bayar tu pada sesiapa pun, dan dalam hati terdetik, biarlah dapat pada orang benar-benar layak. Maka Allah temukan kami.

Saya menangis sambil drive sebab saya semakin kuat dan yakin konsep tawakal pada Allah. Benar2 serahkan segala-galanya padaNya. Menulis ini pun saya sebak.

Saturday, 27 June 2015

Wanita menangis kerana sedih, Lelaki menangis kerana gembira




Wanita menangis kerana sedih, Lelaki menangis kerana gembira

Dalam satu kajian, seramai 5,000 orang telah di kaji selidik bagaimana mereka menangis dalam situasi yang berbeza. Wanita lebih cenderung menangis berbanding lelaki apabila mereka merasakan lemah, tapi air mata lelaki lebih cenderung mengalir ketika 'kemenangan, kejayaan atau pencapaian,' kata Profesor Ad Vingerhoets.

Apabila bertindak balas dengan peristiwa-peristiwa sedih, wanita menangis sebanyak 4 kali berbanding lelaki.



Bagaimanapun lelaki membiarkan air mata mengalir lebih kerap apabila mereka mengalami sesuatu yang positif, sebagai contoh apabila pasukan sukan mereka menang satu perlawanan penting.

Profesor Vingerhoets berkata alasan yang paling biasa untuk menangis adalah perasaan yang tidak dapat di kawal, dan bukan kesedihan.

'Secara keseluruhannya, lelaki dan wanita menangisi perkara-perkara yang sama, seperti kematian orang yang tersayang, putus cinta, dan rindu.

'Bagaimanapun, wanita juga cenderung untuk menangisi perkara yang lebih biasa seperti konflik, kritikan dan putus hati. Luar biasa sekali, lelaki cenderung untuk menangis lebih kerap dalam tindak balas kepada peristiwa-peristiwa yang positif. '

Beliau berkata, ini mungkin kerana budaya, jika lelaki menangis ketika mereka berasa tidak berdaya ia dilihat sebagai satu tanda kelemahan.

Dalam kajiannya tentang 37 buah negara, Profesor Vingerhoets, Universiti Tilburg di Belanda, mendapati bahawa di sesetengah negara panas di Afrika, kadar lelaki dan wanita menangis adalah sama rata.

Tetapi di negara-negara beriklim sejuk seperti di Eropah, wanita cenderung untuk menangis lebih kerap berbanding lelaki.

Beliau menambah: 'Lebih sejuk negara itu, lebih ramai wanita menangis.'


Thursday, 11 June 2015

5 BENDA YANG LELAKI PANDANG PADA WANITA !!!!




Pemilihan pasangan ataupun calon isteri merupakan salah satu yg penting dalam kehidupan.Banyak perkara yg dinilai oleh si lelaki untuk mencari pasangan.Harini admin ingin berkongsikan sedikit tentang perkara yg lelaki pandang pada wanita...Ini pada pandangan admin yaaa.....


1. SUSUK TUBUH
    Faktanya, lelaki memang mudah tertarik pada perempuan yg kurus berbanding yg gemuk.Yela, mana ada lelaki yg nak pasangannya besar dari dia. Kalau boleh nak yang sedap sedap badan orang kata...tak terlalu kurus tak terlalu gemuk.Sedang sedang. Tetapi tak semua lelaki memilih....ada sesetengah boleh terima anda seadanya...tak kesah la gemuk asalkan dah sayang ....tapi majoritinya memang begitulah.


2. RUPA PARAS
    Tak ada lelaki yg taknak awek cun melecun. Cantik dari hujung rambut sampaila hujung kaki. Ada yg nak macam ara bla, korea la...semuanya ada citarasa masing masing.Yela mahu x bangga dapat awek cun meletop punya. Bawak pun rasa bangga.....persoalannya kalau semua nak yg cantik,yg x cantik macammana pulak.....Tak semua lelaki memandang paras rupa.Orang kata biarla sepadan.Tapi kalau dah rezeki dapat awek cub,takkan nak tolak...


3. CARA BERCAKAP
    Lelaki paling tak suka kalau perempuan bercakap tak beradab dan kasar. Lelaki suka perempuan yg lemah lembut, cakap pun elok, sejuk hati mendengar. Kalau bercakap pun da macam harimau cari makanan, mana lelaki nak dekat. So percakapan tu salah satu perkara yang lelaki pandang pada perempuan. Cakapla dengan cara yg lembut...tapi janganla terlampau manja dan menggedik,lain jadinya nanti haa...


4. HARTA
    Sebut tentang harta...Memang satu ciri ciri yg lelako nak...tetapi tak semuanya memandang.Cuma ada segelintir yg pandang harta, wang ringgit dan sebagainya.Kalau dah rezeki dapat awek orang kaya, janganla ditolak...Yang penting ikhlas...Mungkin sebabnya lelaki ni taknak susah di masa depan. Ekonomi pun kukuh.


5. PERSEFAHAMAN
     Lelaki tak suka perempuan yang tak memahami...Lelaki akan betul betul memilih nak cari pasangan. Yang understanding,takda nak marah2 tak tentu pasal...Dan yg boleh terima perangai dia seadanya....Kalau semua tak faham, itu tak bole ini tak bole...Tak kekal lamala....So cubala jadi wanita yg understanding...Bukan sebelah pihak je...dua dua kena toleransi.


Sponsored