Ads Banner

Sunday 24 April 2016

Malaysia tersenarai bandar paling bahaya di Asia?




Sungguhpun Malaysia terdapat beberapa destinasi pelancongan yang terkenal di mata dunia, namun demikian masalah keselamatan di sesetengah negeri turut 'diiktiraf' di peringkat antarabangsa. 

Baru-baru ini, Laman Pelancongan Antarabangsa, WorldAtlas.com telah menyenaraikan 10 bandar yang berbahaya di rantau Asia. Terdapat 4 bandar Malaysia tersenarai berbanding dengan Filipina yang hanya 2 bandar tersenarai.

Berikut 10 Bandar Paling Bahaya Di Asia: 

1) Karachi, Pakistan
2) Kuala Lumpur, Malaysia
3) Petaling Jaya, Malaysia
4) Gurgaon, India
5) Klang, Malaysia
6) Dhaka, Bangladesh
7) Ulaan Baatar, Mongolia
8) Manila, Filipina
9) Bandar Quezon, Filipina
10) Johor Bahru, Malaysia

Berdasarkan huraian yang dibuat, sebab utama keempat-empat bandar tersenarai adalah seperti berikut: 

Kuala Lumpur - Tedapat aktiviti jenayah yang serius, penjenayah bukan sahaja mencari peluang untuk bertindak ke atas pelancong asing malah penduduk tempatan.

Petaling Jaya - Kejadian rompakan sering berlaku, termasuk juga kes pecah rumah, pembunuhan dan pergaduhan antara geng kongsi gelap turut kerap terjadi.

Klang - Memiliki bilangan geng kongsi gelap dan kumpulan jenayah yang banyak. 

Jelas WorldAtlas , Ianya hanya perbandingan dari segi kadar jenayah bandar-bandar utama di Asia, tidak termasuk kawasan-kawasan yang dilanda perang.


No comments:

Post a Comment

Sponsored