Ads Banner

Saturday 27 June 2015

Wanita menangis kerana sedih, Lelaki menangis kerana gembira




Wanita menangis kerana sedih, Lelaki menangis kerana gembira

Dalam satu kajian, seramai 5,000 orang telah di kaji selidik bagaimana mereka menangis dalam situasi yang berbeza. Wanita lebih cenderung menangis berbanding lelaki apabila mereka merasakan lemah, tapi air mata lelaki lebih cenderung mengalir ketika 'kemenangan, kejayaan atau pencapaian,' kata Profesor Ad Vingerhoets.

Apabila bertindak balas dengan peristiwa-peristiwa sedih, wanita menangis sebanyak 4 kali berbanding lelaki.



Bagaimanapun lelaki membiarkan air mata mengalir lebih kerap apabila mereka mengalami sesuatu yang positif, sebagai contoh apabila pasukan sukan mereka menang satu perlawanan penting.

Profesor Vingerhoets berkata alasan yang paling biasa untuk menangis adalah perasaan yang tidak dapat di kawal, dan bukan kesedihan.

'Secara keseluruhannya, lelaki dan wanita menangisi perkara-perkara yang sama, seperti kematian orang yang tersayang, putus cinta, dan rindu.

'Bagaimanapun, wanita juga cenderung untuk menangisi perkara yang lebih biasa seperti konflik, kritikan dan putus hati. Luar biasa sekali, lelaki cenderung untuk menangis lebih kerap dalam tindak balas kepada peristiwa-peristiwa yang positif. '

Beliau berkata, ini mungkin kerana budaya, jika lelaki menangis ketika mereka berasa tidak berdaya ia dilihat sebagai satu tanda kelemahan.

Dalam kajiannya tentang 37 buah negara, Profesor Vingerhoets, Universiti Tilburg di Belanda, mendapati bahawa di sesetengah negara panas di Afrika, kadar lelaki dan wanita menangis adalah sama rata.

Tetapi di negara-negara beriklim sejuk seperti di Eropah, wanita cenderung untuk menangis lebih kerap berbanding lelaki.

Beliau menambah: 'Lebih sejuk negara itu, lebih ramai wanita menangis.'


No comments:

Post a Comment

Sponsored