Ads Banner
Wednesday, 18 May 2016
Cara mudah nak tahu tempat anda ada emas atau tidak
Di dunia ada puluhan lombong emas ditemui, yang paling terkenal Lombong Grasberg yang hasilkan bertan-tan emas di dunia ini. Begitu juga di negara kita, Malaysia. Siapa tidak kenal dengan Lombong Emas Lubuk Mandi dan Lombong Emas Penjam. Tapi ada aku kisah semua tu. Yang penting, belakang rumah kita ada ke Emas nih.. Ni ada tip nak tau jenis tanah yang ada emas
Ciri-ciri Tanah Mengandungi Emas
1. Tanah yang mengandung mineral sulfida yang tinggi. (berbau seperti belerang)
2. Wujudnyanya mata air panas di sekitar kawasan tersebut.
3. Sekitarnya ada gunung berapi yang sudah lama ada.
4. Ada aliran sungai di kawasan berhampiran.
5. Mempunyai lapisan tanah lempung yang tebal.
6. Terdapat batuan putih berurat emas (urat kaca atau batuan kaca lutsinar)
Ciri-ciri di atas hanyalah untuk pengesanan awal sahaja, untuk memastikan kewujudan emas sebenar, ujian merkuri dan ujian-ujian lain masih perlu dilaksanakan.
Sumber : Kisahbest.my
Badannya Bertukar Kehitaman, Bernanah – Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Mendebarkan Urus Jenazah Tukar Jantina
Lelaki ini berkongsi pengalaman menguruskan jenazah muslim yang telah menjalani pembedahan jantina. Semoga menjadi peringatan dan iktibar kepada semua yang membaca agar tidak melanggar hukum yang ditetapkan oleh-Nya.
Allah Bayar Tunai Di Dunia Lagi!
SALAH SATU DARIPADA PENGALAMAN YANG SAYA LALUI SENDIRI KETIKA MENGURUSKAN JENAZAH.
Terpanggil dihati saya untuk berkongsi satu pengalaman sepanjang menguruskan jenazah. Mohon ampun dan maaf bukanlah niat untuk mengaibkan sesiapa malah lebih kepada iktibar dan pengajaran buat kita yang masih hidup agar tidak melakukan dosa dan sesuatu yg dilarang ALLAH kerana balasannya ALLAH bayar tunai tika di dunia lagi. Nauzubillah.
Berlaku di sebuah hospital, saya disambut oleh waris arwah iaitu ibunya yang ingin menyampaikan sesuatu kepada saya. Ada sedikit debaran dihati saya namun demi tugas saya perlu laksanakan tanggungjawab ini hingga selesai. Menurut ibu arwah, jenazah anaknya telah menukar jantina dari lelaki kepada perempuan.
In Shaa ALLAH Sebelum saya cerita kisahnya, saya akan bagi sedikit penjelasan, bagaimana menguruskan jenazah seorang lelaki atau perempuan muslim yang telah menjalani pembedahan penukaran jantina, siapa yang patut melaksanakan pengurusan jenazahnya, bagi menguruskan jenazah seorang lelaki atau perempuan muslim yang menukar jantina, jenazah tersebut hendaklah diuruskan mengikut jantina asalnya dan diuruskan oleh warisnya atau pihak berkuasa agama.
Setelah saya bagi keterangan terperinci kepada ibunya, saya terus masuk ke bilik pengurusan jenazah untuk memandikan dan mengkafankan jenazah. Saya dibantu 3 waris jenazah, ibu dan 2 orang abangnya, 3 waris jenazah ini sahaja yang ada, yang lain hampir 30 orang sahabat sahabat jenazah ke semuanya sejenis sepertinya. Sebelum saya mandikan jenazah, seperti biasa saya akan bentangkan kain untuk di kafankan siap-siap supaya mudah kerja saya.
Setelah selesai, saya mengangkat jenazah ke tempat mandi, saya tutup pakai kain kafan dan buka pakaiannya, alhamdulillah putih kulitnya namun perlahan lahan ke seluruhan tubuh badan jenazah mula menghitam, sikit demi sedikit, ibu dan abang arwah mula perasan, ibu arwah tidak dapat berkata apa-apa, seolah-olah sudah tahu apa yang akan terjadi, mengalir air mata ibu arwah sehingga saya sendiri pun mengalirkan air mata.
Saya memulakan mandi jenazah dengan istinjak
( buang najis ), ketika saya istinjak jenazah itu, najisnya cukup banyak, sehingga saya behenti, kerana saya rasa sudah terlalu lama saya istinjak, tetapi najisnya tidak behenti keluar. Saya terus menyucikan jenazah macam biasa, saya lihat air yang mengalir kekuningan keluar dari tubuh jenazah dan yang lebih menyedihkan keluar dari kemaluannya nanah bercampur darah dan juga ulat. Selama itu jugalah mulut saya tiada henti memohon doa agar ALLAH SWT meringankan azab arwah dan memudahkan urusan keatas arwah agar dapat saya uruskan sempurna yang mungkin. Perlahan lahan saya memasukkan kapas kedalam kemaluan jenazah dengan tujuan memberhentikan pengaliran darah tadi. Ibu jenazah yang mulanya nak membantu saya untuk mandikan jenazah anaknya tadi pengsan, kerana melihat kejadian itu. Saya terus mandikan jenazah anaknya, selesai saya mandikan dan wudukan jenazah, saya tutup keseluruhan tubuh jenazah dengan kain kafan sebelum saya jiruskan dengan air sembilan.
Setelah selesai saya jirus air sembilan tadi, saya bukak kain kafan tadi, sekali lagi ALLAH tunjuk kekuasaanNYA. Jenazah kelihatan sangat reput, buah dada palsunya mengecut. Selesai saya mandi dan kafankan jenazah tadi, saya jemput kesemua sahabat sahabatnya tadi untuk duduk di depan jenazah, saya mengambil peluang itu untuk memberi sedikit tazkirah dan hampir kesemuanya menangis. Apa yang menyedihkan saya, tidak sampai beberapa minit jenazah di angkat ke dalam van jenazah, sahabat sahabat jenazah tadi bergelak ketawa di tepi van jenazah itu, tak tahulah saya apa yang di sembangkan. ALLAH HU AKHBAR. Doa saya mudahan ALLAH membuka hidayah agar mereka berubah dan mudahan ALLAH mengampunkan juga dosa saya dan arwah sepanjang proses pengurusan bermula hinggalah selesai.
Sekali lagi saya memohan maaf, bukanlah niat saya untuk mengaibkan sesiapa, malah lebih kepada iktibar dan pengajaran untuk saya sendiri dan kita semua.
Pertukaran jantina dari lelaki kepada perempuan atau sebaliknya, melalui pembedahan, adalah haram di segi syara' berdasarkan AL-Quran dan dipandukan Hadis.
ALLAH mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian berbanding dengan makhluk yang lain.
Firman ALLAH yang bermaksud :-
" Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dengan sebaik-baik bentuk ".
( Surah AT-Tiin ayat 4 )
Daripada Ibnu Abbas R.A. bahawa ( Maksudnya ) :-
" Rasulullah melaknat kaum lelaki yang menyerupai atau berlagak seperti wanita dan kaum wanita yang menyerupai atau berlagak seperti lelaki ".
( Hadis Riwayat AL-Bukhari )
Daripada Abu Hurairah R.A. beliau berkata
( Maksudnya ) :-
" Rasulullah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki ".
( Hadis Riwayat Abu Daud )
Wahai saudara-saudara seislam ku, ini pengalaman yang saya lalui sendiri. Janji ALLAH itu benar saudara-saudara ku. Ambillah pengajaran dan iktibar daripada pengalaman saya ini. Janganlah kamu ragu-ragu lagi dengan janji ALLAH. Selagi kita masih bernafas, kita masih sempat lagi untuk bertaubat kepadaNYA.
SUMBER
Tuesday, 17 May 2016
Ragam pemandu wanita
Mungkin aku tak perasan sebelum ni ataupun mungkin disebabkan faktor el nino, tapi sejak kebelakangan ni aku perhatikan banyak sangat pemandu perempuan yang bawa kereta secara merbahaya/melulu/tidak ikut undang-undang. Memang diakui la sebelum ni pemandu perempuan ni ada 2 kategori. Pertama, yang ayu-ayu, sopan santun, lemah gemalai bawak kereta. Kedua, yang bawa kereta yang aku nyatakan di atas. Tapi jenis kedua sebelum ni tak banyak sangat. Tapi mungkin atas faktor el nino atau kepanasan melampau, jenis kedua ni mula keluar dari gua-gua pertapaan masing-masing.
Antara-antara cara-cara pemanduan merbahaya/melulu/tidak ikut undang-undang yang aku perhatikan adalah:
1) Masuk simpang tak bagi signal.
2) Main redah je keluar simpang walaupun dah nampak banyak kereta.
3) Potong barisan.
4) Langgar lampu isyarat merah.
5) Bawa kereta terlalu hampir dengan kereta depan (cucuk) sepanjang masa.
6) Bawa laju nak mampos dan main cilok-cilok.
7) Selalu tekan brek tak tentu pasal. Sikit-sikit brek.
8) Dan yang paling aku sakit hati ialah sifat kedekut haloba. Aku selalu kena. Dah la potong que pastu nak masuk dalam line tak bagi signal. Fine, aku bagi la dia masuk malas nak layan. Lepas tu ada kereta sebelah kanan nak masuk depan dia sebab nak masuk simpang di seblah kiri, dia boleh tak bagi. Padahal kereta sebelah kanan tu dah bagi signal cantik punye. Kedekut nak mampos. Time ko, boleh plak nak menyelit masuk pastu tak bagi orang menyelit nak masuk depan ko.
Pengajarannya, kalo aku nak tukar line biasanya aku akan minta pada kereta lelaki. 70% diberi laluan. Kalau minta pada perempuan mungkin dalam 20% je dapat.
ps: lelaki memang dah sejak azali dah diketahui ada bawak kereta macam yang aku cakapkan di atas tu. Tapi apa yang membimbangkan adalah kenaikan mendadak bilangan-bilangan pemandu-pemandu wanita yang bawa kereta secara tidak berhemah dah melulu.
ps2: Ini merupakan pemerhatian aku dikawasan sekitar rumah dan tempat aku bekerja dan tidak mewakili semua perempuan-perempuan lain di seluruh dunia. Di tempat-tempat lain mungkin terdapat cara-cara pemanduan yang berbeza disebabkan faktor-faktor lain yang tidak dapat dirungkaikan. Harap maklum.
Tanda anda seorang yang hensem dan kacak
- pergi mana2 pun sorang2 saja. kerana terlalu kacak, ramai wanita dan lelaki takut mendekati anda kerana mereka menyangkakan anda seorang playboy.
2. Lelaki lain mengatakan anda kacak
- ini paling ketara. cuba ingat berapa ramai lelaki kata anda hensem dan kacak dengan nada serius? kalau ada, ada seorang yang kacak.
3. Wanita bangsa lain mengatakan anda kacak.
- pernah bangsa lain mengatakan anda hensem, makin kacak? kalau ada maka bertuahlah anda.
4. Tak berapa kaya
lelaki kacak tak perlu mencari kerana kekayaan yang akan datang kepadanya berbeza dengan orang kaya yang terbit kekacakkanya dari hartanya
5. Flush selepas menggunakkan tandas.
-senang cita lelaki kacak ni pembersih. siap tolong flush lagi sesapa yang haram J dah berak taknak flush
6. Pakaian murah2 saja
- tak perlu pakaian berjenama kerana mereka yang menjadikan pakaian itu cantik bukan pakaian yang menjadikan mereka itu hensem apabila memakainya.
sesiapa yang tidak bersetuju dengan point di atas bermakna ada bukanlah salah seorang dari kami. Hehe
Nak tau kenapa teksi mogok pasal UBER?
Tahukah ramai pemandu teksi bakal kehilangan kerja atau berhenti menjadi pemandu teksi sebab kewujudan UBER?
Apa itu UBER?
UBER adalah satu jenis perkhidmatan membawa penumpang ke satu destinasi menggunakan kenderaan pemilik pemandu tersebut.
Contohnya, saya mempunyai kereta dan saya berada di KL ingin balik ke IPOH. Saya akan semak applikasi UBER dan adakah ada penumpang juga ingin balik ke IPOH.
Jika ada penumbang ingin tumpang kereta saya, maka saya akan jadi pemandu UBER dan bawa penumpang tersebut balik ke IPOH.
Kenapa saya terima job ini?
1. sebahagian kos saya ditanggung oleh orang kedua. Jadi saya jimat.
2. saya tidak mempunyai kos tambahan sebab kos tersebut sudah ditanggung walaupun tidak mempunyai penumpang.
3. saya boleh berhubung dengan pelanggan mana tau dia akan jadi penumpang tetap saya.
4. Tiada bayaran tunai dikenakan, lebih selamat untuk semua pihak!
Subscribe to:
Posts (Atom)










