Ads Banner

Showing posts with label Gelagat. Show all posts
Showing posts with label Gelagat. Show all posts

Wednesday, 18 May 2016

kenapa ramai lelaki suka kahwin dengan janda berbanding anak dara?




Aku tolong translatekan.

Nak nikah dengan anak dara sampaikan hantaran 12 ribu.. Puii!!!

Baik aku nikah dengan janda lagi bagus. Paling mahal pun 4 ribu jer. Masak pandai, jahit baju pandai, pagi-pagi buat sarapan nasi goreng bagi suami untuk sarapan sebelum pergi kerja. Lepas tu buat bekal sandwich lagi bagi suami untuk makan pukul 10 lak. Balik kerja ada nasi kerabu bawah tudung saji hidang suami makan. Malam-malam boleh jimak dengan bini pulak. Bangun subuh pun bini gerak. 

Kalau dengan anak dara. Pukul 11 tak bangun tido lagi. Suami balik kerja petang dia sibuk jalan-jalan dengan kawan-kawan dia gi pantai. Selfie siap masuk dalam fb. Masak tak pandai, lipat baju tak pandai. Harapkan ada diploma dengan ijazah jer jadi mahal. Ape ke hal!!! 



Tuesday, 17 May 2016

Ragam pemandu wanita


Mungkin aku tak perasan sebelum ni ataupun mungkin disebabkan faktor el nino, tapi sejak kebelakangan ni aku perhatikan banyak sangat pemandu perempuan yang bawa kereta secara merbahaya/melulu/tidak ikut undang-undang. Memang diakui la sebelum ni pemandu perempuan ni ada 2 kategori. Pertama, yang ayu-ayu, sopan santun, lemah gemalai bawak kereta. Kedua, yang bawa kereta yang aku nyatakan di atas. Tapi jenis kedua sebelum ni tak banyak sangat. Tapi mungkin atas faktor el nino atau kepanasan melampau, jenis kedua ni mula keluar dari gua-gua pertapaan masing-masing.

Antara-antara cara-cara pemanduan merbahaya/melulu/tidak ikut undang-undang yang aku perhatikan adalah:

1) Masuk simpang tak bagi signal.
2) Main redah je keluar simpang walaupun dah nampak banyak kereta.
3) Potong barisan.
4) Langgar lampu isyarat merah.
5) Bawa kereta terlalu hampir dengan kereta depan (cucuk) sepanjang masa.
6) Bawa laju nak mampos dan main cilok-cilok.
7) Selalu tekan brek tak tentu pasal. Sikit-sikit brek.
8) Dan yang paling aku sakit hati ialah sifat kedekut haloba. Aku selalu kena. Dah la potong que pastu nak masuk dalam line tak bagi signal. Fine, aku bagi la dia masuk malas nak layan. Lepas tu ada kereta sebelah kanan nak masuk depan dia sebab nak masuk simpang di seblah kiri, dia boleh tak bagi. Padahal kereta sebelah kanan tu dah bagi signal cantik punye. Kedekut nak mampos. Time ko, boleh plak nak menyelit masuk pastu tak bagi orang menyelit nak masuk depan ko.

Pengajarannya, kalo aku nak tukar line biasanya aku akan minta pada kereta lelaki. 70% diberi laluan. Kalau minta pada perempuan mungkin dalam 20% je dapat.


ps: lelaki memang dah sejak azali dah diketahui ada bawak kereta macam yang aku cakapkan di atas tu. Tapi apa yang membimbangkan adalah kenaikan mendadak bilangan-bilangan pemandu-pemandu wanita yang bawa kereta secara tidak berhemah dah melulu.

ps2: Ini merupakan pemerhatian aku dikawasan sekitar rumah dan tempat aku bekerja dan tidak mewakili semua perempuan-perempuan lain di seluruh dunia. Di tempat-tempat lain mungkin terdapat cara-cara pemanduan yang berbeza disebabkan faktor-faktor lain yang tidak dapat dirungkaikan. Harap maklum.


Tanda anda seorang yang hensem dan kacak



1. Sentiasa berseorangan.
- pergi mana2 pun sorang2 saja. kerana terlalu kacak, ramai wanita dan lelaki takut mendekati anda kerana mereka menyangkakan anda seorang playboy.

2. Lelaki lain mengatakan anda kacak
- ini paling ketara. cuba ingat berapa ramai lelaki kata anda hensem dan kacak dengan nada serius? kalau ada, ada seorang yang kacak.

3. Wanita bangsa lain mengatakan anda kacak.
- pernah bangsa lain mengatakan anda hensem, makin kacak? kalau ada maka bertuahlah anda.

4. Tak berapa kaya
lelaki kacak tak perlu mencari kerana kekayaan yang akan datang kepadanya berbeza dengan orang kaya yang terbit kekacakkanya dari hartanya

5. Flush selepas menggunakkan tandas.
-senang cita lelaki kacak ni pembersih. siap tolong flush lagi sesapa yang haram J dah berak taknak flush

6. Pakaian murah2 saja
- tak perlu pakaian berjenama kerana mereka yang menjadikan pakaian itu cantik bukan pakaian yang menjadikan mereka itu hensem apabila memakainya.


sesiapa yang tidak bersetuju dengan point di atas bermakna ada bukanlah salah seorang dari kami. Hehe

Meremang bulu roma kalau malam2 macam ni...

Satu kawasan terjaga dengar suara tangisan mengilai dia ni, seram aku nak tidur. kenapa menangis waktu2 macam ni.



Sponsored