Ads Banner

Sunday, 8 March 2015

PERHATIAN: CARA mengesan kamera tanpa wayar khusus untuk kaum Hawa !!!



Ini ada cara untuk kesan kamera tanpa wayar (wireless cctv) yang mungkin ada tersembunyi dalam tandas perempuan..

CARANYA…….
Sebelum masuk tandas. Sila bawak handphone yang ada aplikasi bluetooth.
Turn ON bluetooth dan search devices yang ada. Kalau anda tak tahu nak cari devices macam mana, sila buat seperti anda hendak send gambar atau lagu. Kemudian tekan via bluetooth, anda boleh nampak devices yang ada.

Kalau jumpa devices yang namanya "WDX 2201, CAM 122″ atau apa-apa nama yang anda rasa sangat pelik bunyinya. Sebaiknya batalkan hajat anda kerana berkemungkinan besar terdapat wireless CCTV.

Kenapa mesti kesan guna bluetooth handphone??...
Sebabnya spesis tanpa wayar biasa/hanya digunakan secara ber'bluetooth'...

Thursday, 5 March 2015

Kajian Tentang Saiz Alat Sulit Lelaki Seluruh Dunia




Sebelum kita lihat kepada peta dan senarai purata saiz alat sulit lelaki semasa tegang untuk 80 negara di seluruh dunia, berikut adalah beberapa penemuan yang ketara:

-Cara yang betul untuk mengukur adalah dari hujung zakar ke bahagian paling bawah tulang kemaluan.

-Purata dunia adalah 5.5 inci.

-Negara paling panjang dalam kajian kami adalah Republik Demokratik Congo (aka Congo), dengan purata 7.1 inci.

-Secara purata, Amerika Selatan adalah benua yang paling panjang (6.36 inci).

-Korea utara mempunyai saiz batang yang paling kecil pada purata (3.8 inci).

-hanya 3 peratus lelaki di seluruh dunia adalah lebih daripada 8 inci. Hanya 6 peratus lelaki perlukan tambahan kondom besar.

-Di antara Kajian Tentang Saiz Alat Sulit Lelaki Seluruh Dunia80 negara, Amerika Syarikat berada di kedudukan # 61 purata saiz zakar yang panjang.



Senarai barangan yang dikenakan Cukai GST 2015



Seperti yang pengguna Malaysia sedia maklum, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST 2015) dengan kadar enam peratus akan menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bermula bulan April 2015.

Sebelum ini ada barangan yang dikenakan cukai SST 10 peratus yang dimasukkan dalam harga jualannya. GST dengan kadar enam peratusakan menjadikan beberapa barangan pengguna ini dijangka lebih murah.

Antara barangan yang di jangka akan turun selepas pengenalan GST 2015 adalah:

Harga set televisyen
Peti sejuk
Pendingin hawa
Seterika
Pengering rambut
Lampin
Minuman ringan


Berikut pula antara barangan yang mungkin naik harga disebabkan ianya tidak dikenakan cukai sebelum ini:

Komputer
Komputer riba
iPad
Telefon bimbit
Jam tangan
Barangan kosmetik termasuk gincu dan pengilat kuku


Tidak akan ada GST untuk :

Ayam
Daging lembu
Daging kambing
Ikan
Itik
Ikan
Telur
Ikan bilis
Beras
Roti
Sayur-sayuran segar dan buah-buahan
Minyak kelapa
Minyak masak kacang tanah
Minyak kelapa
Susu bayi
Petrol RON95 dan diesel
Tol
Pengangkutan awam


Barangan makanan bukan keperluan walau bagaimanapun dikenakan GST seperti:

Sos tomato
Sos cili
Sos tiram
Mi cawan
Tempe
Keju
Marjerin
Telur puyuh
Minyak jagung
Minyak zaitun
Biskut
Donat
Croissant coklat






Sunday, 15 February 2015

10 Sebab Facebook Beli Whatsapp

Mark Zuckerberg sangat berminat dengan platform mudah alih.


1. Whatsapp mempunyai kehadiran mudah alih lebih banyak dari Facebook. Berbanding Facebook, Whatsapp kini mempunyai 419 juta pengguna aktif di seluruh dunia berbanding Facebook iaitu hanya 145 juta.

2. Data. Whatsapp menyimpan nombor telefon, nama, emel, log sembang dan banyak lagi data yang sebenarnya lebih bernilai daripada sejumlah USD16 bilion yang ditawarkan bagi membeli Whatsapp.

3. Mahu kalahkan Google. Sebelum ini, Google menawarkan angka USD10 bilion untuk membeli Whatsapp tetapi ia ditolak, tidak mustahil, tawaran baru akan dikemukakan dengan senang. Jadi sebelum Google berbuat demikian, lebih baik Facebook membelinya.

4. Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg memang mengidamkan industri mudah alih namun aplikasi yang ditawarkannya melalui Facebook Messenger agak lambat untuk mendapatkan pengguna aktif berbanding Whatsapp. Cara mudah, beli saja aplikasi sedia ada yang telah terbukti popular.

5. Masa depan internet bukan terletak pada desktop tetapi pada pemakaian gajet mudah alih. Peluang mengembangkan aktiviti pengiklanan kini bukan hanya boleh dimasukkan dalam Facebook tetapi lebih meluas. Kini Zuckerberg boleh menjual iklan lebih banyak dengan harga lebih tinggi.

6. Mengejutkan apabila lebih 400 juta foto dihantar dan dimuat turun dalam Whatsapp setiap hari. Facebook pula hanya 350 juta foto. Instagram yang dibeli Facebook pula hanya 55 juta. Jika dicampur kedua-duanya, hanya lebih 5 juta saja. Ia jelas menunjukkan Whatsapp sebagai platform yang bernilai tinggi.

7. Laporan Delooitte 2013 jelas menunjukkan jumlah SMS semakin berkurang dari tahun ke tahun dengan kadar penurunan 5 bilion kepada 140 bilion dengan pilihan kini beralih kepada aplikasi mesej pantas (IM) yang bertambah kepada 300 bilion setahun.

8. Kos operasi lebih murah. Bayangkan Whatsapp kini hanya mempunyai 55 pekerja dan jika kosnya hanya USD100,000 setiap pekerja setahun, Facebook hanya perlu membelanjakan kira-kira USD5.5 juta setahun. Dengan kos keuntungan dijangka RM1 bilion setahun, Facebook masih mampu membuat untung berlipat-lipat ganda meskipun ratusan staf ditambah.

9. Naikkan nilai saham Facebook. Meskipun selepas pengumuman, nilai saham susut 3.4 peratus, untuk jangka masa panjang, ia dijangka menambahkan lagi nilai IPO apabila industri permesejan sangat diperlukan pada masa sekarang dan masa depan.

10. Mark Zuckerberg banyak duit!

http://my.news.yahoo.com

Kebakaran Terbesar Dalam Sejarah Dunia


Kebakaran besar telah berlaku apabila Reaktor 4 di stesyen kuasa nuklear Chernobyl meletup pada April 1986.Bahangnya mencapai hingga ke 2,700 darjah Celcius yang menukarkan air pancutan ahli bomba kepada wap beradioaktif.Kebakaran hanya dapat dihentikan dengan mencurahkan 5,000 tan campuran pasir,tanah liat,plumbum dan boron menggunakan helikopter.

Thursday, 12 February 2015

Pemergian Allahyarham Datuk Nik Aziz


Orang kata dia nyanyok....tapi 30 juzuk dalam kepalanya,

Orang kata dia memecahkan ummah....tapi cina india terimanya,

Orang kata dia gila....tapi ulama' dunia menyanjungi kehebatannya pada dirinya,

Orang kata dia bukan ulama'....tp ulama' sedunia mengeruninya,

Orang kata dia gila dunia....tapi tiap2 minggu dia duduk ajar ilmu akhirat,

Orang kata dia banyak harta....tp rumah nya hanya berdindingkan kayu dan zink,

Org kate dia bla bla bla.....tapi dia cool sepanjang masanya sebab dia tahu dunia ni hanyalah sementara baginya untuk bercucuk tanam dan menanti kepulangn besar di akhirat walaupun dia dimaki hamun kerana keperibadiannya untuk menegakkan SYARIAT ISLAM dibumi ALLAH.... hari ini 9.45malam, 12/2/2015 (Malam Jumaat) dengan usianya 84 tahun, beliau menghembuskan nafas2 terakhir meninggalkan kita semua.. AL-FATIHAH buat tetamu Murobbi Allah, Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat.. damai lah engkau disana... 


neurotransmitter cinta



ADA APA DGN CINTA?

Banyak sebenarnya. Estrogen, Testosterone, Phenylethylamine (PEA), Dopamine, Noradrenaline, Endorphins, Oxytocin dan Serotonin hanya sebahagian daripada kisah cinta ini. Interaksi bahan-bahan kimia semulajadi inilah yang menjadikan cinta seperti cinta yang kita kenali.

Lebih spesifik: Dopamine, Norepinephrine, dan Serotonin terhasil pada fasa mengurat dan terpikat. Oxytocin dan Vasopressin pula dikaitkan dengan hubungan jangka masa panjang. Apabila cinta dan kasih sayang sudah menebal.

Bila mata bertentang mata, lidah kelu untuk berkata.Cinta. Cinta lahir dari mata tapi tidak terus ke hati. Cinta menyimpang ke jantung. Jantung menggetarkan ritma yang luar biasa, diterjemahkan di otak melalui sistem saraf autonomik. Terhasillah PEA (thanks to Klein Liebowitz), Dopamine dan Noradrenaline. Kesemuanya dari salasilah yang sama dengan Amphetamine, juga dikenali sebagai Speed, sejenis dadah berbahaya.
Kesannya? Hampir sama dengan Speed. Jantung rasa berdebar, lutut menggeletar. Air liur meleleh, tak dapat ketagih. Makan tak lalu, tidur tak lena. Hidup jadi serba tak kena.

Hilang selera makan, peningkatan stamina (chatting berjam-jam tak letih punya...), perpeluhan, hyperactive, loya, gatal-gatal kulit (betullah istilah menggatal tu), peningkatan kadar degupan jantung, tekanan darah tinggi, pening.

Kesannya kepada psikologi pula: banyak cakap, peningkatan konsentrasi dan confident, peningkatan respon dan euphoria (tu yg tergelak sorang2 tu...), insomnia, decrease REM sleep (tu yg tidur tak lena).

PEA juga membuatkan seseorang itu yakin, alert dan berani mencuba sesuatu yang baru, sebab tu la kita tengok orang mabuk asmara ni sanggup buat yg pelik-pelik; lari dari rumah, lompat pagar asrama, sanggup buat apa-apa saja untuk yang dikasihi. (konon...)

Tetapi, bila 'dibuang cinta', clash, putus cinta& kesannya amat parah. Otak serta merta akan berhenti merembes PEA dan kesannya, sama dengan penagih Speed yang tak dapat stok; tak tentu arah, panik, bengong, boleh jadi gila. Tak mustahil medically.

Cinta. Euphoria, gayat, ketagihan. Di luar kawalan. Di bawah sedar.

Norepinephrine dan Dopamine sering dikaitkan dengan romantik. Mana taknya, ia merupakan desire molecule antara neurotransitters. Dopamine yang terhasil di kala bercinta berhubungkait dengan penghasilan Oxytocin, sejenis hormon yang diperlukan oleh ibu-ibu yang menyusukan. Oxytocin kadangkala digelar 'cuddle chemical'.

Oxytocin dirembes dgn banyak ketika aktiviti-aktiviti aktif seperti urutan (sebab tu, urut mengurut ni amat berbahaya bagi sesiapa yang tak nak jatuh cinta, hati-hati, cakar harimau amat baik untuk pasangan suami isteri...), aktiviti-aktiviti lasak dan aktif ketika dating juga adalah salah satu cara yang baik utk mengurat; roller coaster ke, berlarian-larian, keliling pokok macam hindustan tu sume. Sume ni Oxytocin punya kerja.

Oxytocin juga mengurangkan perasaan takut dan meningkatkan kepercayaan, tu kualiti penting dalam percintaan. Kajian juga menunjukkan Oxytocin melembapkan beberapa fungsi pembelajaran dan ingatan. Hmm... tapi masih boleh dipertikaikan, sebab ada yang lebih berjaya dalam akademik bila bercinta. Kalau tidak hati-hati, Oxytocin berlebihan akan menimbulkan masalah.

Akibatnya? Bila masing-masing sudah berkehendak, mulut tidak lagi boleh berkata tidak. Tangan mula meraba, mengusap, membelai. I love You, You love I. Maruah pun tergadai. LOLZ

Sponsored