Ads Banner

Sunday, 15 February 2015

10 Sebab Facebook Beli Whatsapp

Mark Zuckerberg sangat berminat dengan platform mudah alih.


1. Whatsapp mempunyai kehadiran mudah alih lebih banyak dari Facebook. Berbanding Facebook, Whatsapp kini mempunyai 419 juta pengguna aktif di seluruh dunia berbanding Facebook iaitu hanya 145 juta.

2. Data. Whatsapp menyimpan nombor telefon, nama, emel, log sembang dan banyak lagi data yang sebenarnya lebih bernilai daripada sejumlah USD16 bilion yang ditawarkan bagi membeli Whatsapp.

3. Mahu kalahkan Google. Sebelum ini, Google menawarkan angka USD10 bilion untuk membeli Whatsapp tetapi ia ditolak, tidak mustahil, tawaran baru akan dikemukakan dengan senang. Jadi sebelum Google berbuat demikian, lebih baik Facebook membelinya.

4. Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg memang mengidamkan industri mudah alih namun aplikasi yang ditawarkannya melalui Facebook Messenger agak lambat untuk mendapatkan pengguna aktif berbanding Whatsapp. Cara mudah, beli saja aplikasi sedia ada yang telah terbukti popular.

5. Masa depan internet bukan terletak pada desktop tetapi pada pemakaian gajet mudah alih. Peluang mengembangkan aktiviti pengiklanan kini bukan hanya boleh dimasukkan dalam Facebook tetapi lebih meluas. Kini Zuckerberg boleh menjual iklan lebih banyak dengan harga lebih tinggi.

6. Mengejutkan apabila lebih 400 juta foto dihantar dan dimuat turun dalam Whatsapp setiap hari. Facebook pula hanya 350 juta foto. Instagram yang dibeli Facebook pula hanya 55 juta. Jika dicampur kedua-duanya, hanya lebih 5 juta saja. Ia jelas menunjukkan Whatsapp sebagai platform yang bernilai tinggi.

7. Laporan Delooitte 2013 jelas menunjukkan jumlah SMS semakin berkurang dari tahun ke tahun dengan kadar penurunan 5 bilion kepada 140 bilion dengan pilihan kini beralih kepada aplikasi mesej pantas (IM) yang bertambah kepada 300 bilion setahun.

8. Kos operasi lebih murah. Bayangkan Whatsapp kini hanya mempunyai 55 pekerja dan jika kosnya hanya USD100,000 setiap pekerja setahun, Facebook hanya perlu membelanjakan kira-kira USD5.5 juta setahun. Dengan kos keuntungan dijangka RM1 bilion setahun, Facebook masih mampu membuat untung berlipat-lipat ganda meskipun ratusan staf ditambah.

9. Naikkan nilai saham Facebook. Meskipun selepas pengumuman, nilai saham susut 3.4 peratus, untuk jangka masa panjang, ia dijangka menambahkan lagi nilai IPO apabila industri permesejan sangat diperlukan pada masa sekarang dan masa depan.

10. Mark Zuckerberg banyak duit!

http://my.news.yahoo.com

No comments:

Post a Comment

Sponsored