Ads Banner

Monday, 9 February 2015

Fakta Simpanan Minyak Terbesar Di Dunia


Senarai negara yang mempunyai simpanan minyak terbesar di dunia

1 Saudi Arabia: 262,700,000,000 barrels (tong)
2 Canada: 178,900,000,000 barrels
3 Iran: 133,300,000,000 barrels
4 Iraq: 112,500,000,000 barrels
5 United Arab Emirates: 97,800,000,000 barrels
6 Kuwait: 96,500,000,000 barrels
7 Venezuela: 75,590,000,000 barrels
8 Russia: 69,000,000,000 barrels
9 Libya: 40,000,000,000 barrels
10 Nigeria: 36,000,000,000 barrels
11 Mexico: 33,310,000,000 barrels
12 Kazakhstan: 26,000,000,000 barrels
13 Angola: 25,000,000,000 barrels
14 United States: 22,450,000,000 barrels
15 China: 18,260,000,000 barrels
16 Qatar: 16,000,000,000 barrels
17 Brazil: 15,120,000,000 barrels
18 Algeria: 12,460,000,000 barrels
19 Norway: 9,859,000,000 barrels
20 Oman: 6,100,000,000 barrels
21 India: 5,700,000,000 barrels
22 Indonesia: 4,600,000,000 barrels
23 Ecuador: 4,512,000,000 barrels
24 United Kingdom: 4,500,000,000 barrels
25 Yemen: 4,370,000,000 barrels
26 Australia: 3,664,000,000 barrels
27 Malaysia: 3,100,000,000 barrels
28 Argentina: 2,950,000,000 barrels
29 Egypt: 2,700,000,000 barrels
30 Syria: 2,500,000,000 barrels
31 Gabon: 1,921,000,000 barrels
32 Tunisia: 1,700,000,000 barrels
33 Sudan: 1,600,000,000 barrels
34 Congo, Democratic Republic of the: 1,538,000,000 barrels
35 Colombia: 1,492,000,000 barrels
36 Brunei: 1,255,000,000 barrels
37 Denmark: 1,230,000,000 barrels
38 Romania: 1,055,000,000 barrels
39 Mauritania: 1,000,000,000 barrels
40 Burma: 1,000,000,000 barrels
41 Trinidad and Tobago: 990,000,000 barrels
42 Vietnam: 600,000,000 barrels
42 Uzbekistan: 600,000,000 barrels
44 Azerbaijan: 589,000,000 barrels
45 Italy: 586,600,000 barrels
46 Thailand: 583,000,000 barrels
47 Equatorial Guinea: 563,500,000 barrels
48 Cuba: 532,000,000 barrels
49 Bolivia: 458,800,000 barrels
50 Germany: 395,800,000 barrels

Sunday, 8 February 2015

20 Tip Jimat Minyak Kenderaan | Yang Mungkin Anda Tidak Tahu


Dari segi kenderaan


1. Pilih dan beli kenderaan yang mempunyai penggunaan minyak yang rendah. 

Jika sudah terbeli kenderaan lain, sila baca tip yang seterusnya ini.


2. Periksa tekanan angin tayar kenderaan

Pastikan tekanan angin dalam tayar sama seperti yang dicadangkan oleh pengeluar kenderaan anda pada carta berat dan tekanan angin di tiang pintu kenderaan. Tekanan angin itu mesti seimbang dengan berat kenderaan (tanpa penumpang/dengan penumpang) dan diperiksa sekurang-kurangnya sebulan sekali


3. Tutup air-cond apabila cuaca sejuk

Penggunaan minyak bertambah 10% apabila air-cond dihidupkan.


4. Kurangkan rintangan angin

Biasanya setiap kenderaan ada sifat bentuk aerodinamiknya yang akan mempengaruhi kesan rintangan angin. Tutup tingkap rapat-rapat juga membantu mengurangkan kadar rintangan angin ketika air-cond dihidupkan.


5. Kurangkan Berat Bebanan Kenderaan

Pastikan hanya barang yang perlu sahaja ada di dalam kenderaan. Jangan jadikan kenderaan sebagai stor kerana semakin berat kenderaan, semakin banyak minyak diperlukan.


Dari segi pengisian minyak 

1. Isi minyak pada awal pagi atau pada waktu sejuk (tidak terik matahari)

Minyak adalah cecair dan ia boleh bertukar menjadi wap ketika waktu panas. Jika anda perasan, kita akan nampak ketara minyak meruap dan bau minyak yang kuat ketika di isi pada waktu panas berbanding waktu sejuk.


2. Jika terpaksa isi minyak ketika waktu panas

Jangan buka penutup minyak terlalu awal walaupun atendan pam suruh anda buka juga penutup itu. Pergilah lakukan pembayaran di kaunter minyak dahulu. Kemudian baru buka penutup minyak itu dan isi minyak.


3. Kombinasi minyak 97 dan minyak 95

Penggunaan minyak 97 lebih melancarkan enjin kenderaan. Jika selalu guna minyak 95, sesekali bolehlah isi minyak 97 agar dapat membantu perjalanan enjin menjadi lebih lancar.


4. Isi minyak dengan perlahan-lahan

Jika anda cepat tarik toggle pump minyak itu ke tahap paling maksimum, kemungkinan angin dan risiko meruap itu lebih tinggi


5. Isi minyak hingga tangki penuh

Isi minyak tangki penuh lebih berbaloi dan menjimatkan


Dari segi pemanduan

1. Bawa kenderaan dengan kelajuan sederhana dan konsisten.

Kelajuan yang sesuai ialah di antara 70 – 90 km/j.

Namun, pastikan mematuhi had laju bagi elak dikenakan saman pula.

Secara perbandingan, kelajuan akan menyebabkan penggunaan minyak bertambah:

100km/j: penggunaan minyak bertambah 10%
105km/j: penggunaan minyak bertambah 15%
110km/j: penggunaan minyak bertambah 25%


2. Jangan kerap tekan break.

Elakkan brek mengejut dan brek pada jarak yang selamat. Perhatikan situasi dan cuba perlahankan kenderaan secara beransur-ansur (tanpa brek). Jika sudah biasa dan tahu keadaan jalan, perlahankan kenderaan di tempat-tempat yang anda tahu memerlukan kelajuan yang sesuai.


3. Pastikan guna gear yang betul

Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan semasa kenderaan.


4. Tukar gear rendah kepada gear tinggi dengan lebih cepat

Bunyi enjin akan kedengaran kasar jika lambat tukarkan gear rendah kepada gear tinggi. Keadaan ini membuatkan kenderaan perlu mengepam lebih banyak minyak untuk menggerakkan kenderaan.


5. Panaskan enjin sebelum mulakan perjalanan

Hanya ambil masa 30 saat sahaja dengan menghidupkan enjin kenderaan tanpa perlu tekan pedal kuat-kuat. Biarkan sahaja.


Dari segi perjalanan

1. Kenderaan CC besar tidak sesuai digunakan untuk pemanduan jarak yang dekat

Penggunaan minyak lebih ketara tinggi berbanding ketika jalan jauh. Minimumkan perjalanan jarak dekat.


2. Rancang perjalanan anda terlebih dahulu.

Elakkan sesat jalan dan gunakan alat GPS untuk membantu anda.


3. Matikan enjin kenderaan ketika menunggu orang di dalam kenderaan.

Buka tingkap dan matikan enjin boleh membantu menjimatkan minyak kereta anda. Jika panas, sediakan kipas tangan atau kipas stroller anak anda.


4. Amalkan kongsi kenderaan

Contoh, pergi ke tempat kerja bersama pasangan atau rakan-rakan. Boleh juga kongsi kenderaan ketika balik ke kampung semasa perayaan. Jimat minyak, jimat wang dan kurang menyesakkan jalan.


5. Elak jalan dan waktu sesak

Kurangkan perjalanan semasa waktu puncak pergi kerja dan balik kerja. Namun, pastikan masa anda yang terluang itu diisi dengan aktiviti yang bermanfaat.


Dari segi penyelenggaraan 

1. Selenggara kenderaan mengikut jadual yang telah ditetapkan

Patuhi jadual penyelenggaraan agar kenderaan anda sentiasa dalam keadaan tip top. Penalaan enjin yang tidak sesuai akan meningkatkan penggunaan minyak sehingga lebih 50 peratus


2. Guna bahan rawatan minyak

Masukkan bahan rawatan minyak kerana ia dapat membantu menyuci injap minyak dan mengelakkan injap minyak tersumbat.


3. Pastikan palam pencucuh, tali kipas dan penapis udara diperiksa secara berkala


4. NGV pada kenderaan anda

NGV memang lebih jimat dan murah berbanding petrol. Namun, dinasihatkan mendapat penjelasan dari pihak yang pakar sebelum memutuskan penggunaan NGV pada kenderaan anda. Tangki NGV akan memakan sedikit ruang simpanan kenderaan anda.


5. Pilih bengkel dan mekanik yang boleh dipercayai dan tidak mengetuk harga servis.


Water Cube Beijing 2008 Olimpik Sekarang Berubah Wajah

Water Cube menjalani pengubahsuaian $20juta USD selepas Sukan Olimpik dan telah bertukar menjadi taman air cantik. Dan ini hasilnya...










Wednesday, 28 January 2015

Santai Kereta Back To The Future dengan tayar pancit dikesan di Miri




Kereta mirip Delorean DMC-12 yang diubahsuai seperti kereta digunakan dalam filem Back To The Future ini ditemui di Miri.





KEBANYAKAN peminat filem Back To The Future lakonan Michael J Fox pastinya pernah mengagumi kereta DeLorean DMC-12 yang diubahsuai menjadi mesin merentas masa dalam filem itu.



Filem berkenaan diterbitkan oleh Steven Spielberg pada 1985 dan diarahkan oleh Robert Zemeckis.





Kereta Delorean yang digunakan dalam filem sekual Back To The Future III.



Selaku salah seorang peminat filem tersebut kami terpaku seketika apabila mendapati di laman Facebook hari ini, kereta yang mirip seakan-akan kereta digunakan dalam filem berkenaan kini dikesan berada di Miri, Sarawak.



Bagaimanapun, gambar kereta itu tidak disertakan dengan maklumat lanjut.



Individu yang memuatnaik gambar berkenaan juga, didapati turut meminta pengguna Facebook yang mempunyai maklumat tambahan terutama tentang pemilik kereta epik tersebut memaklumkan padanya.



Kereta itu kini ditempatkan di bawah sebuah kawasan parkir berbumbung di sebelah sebuah kereta BMW.



Tayar hadapan sebelah kirinya bagaimanapun didapati telah pancit dipercayai kerana kereta diparkir dalam tempoh lama.



Back To The Future mengisahkan tentang Marty McFly (Michael J Fox), seorang remaja yang secara tidak sengaja dihantar kembali ke zaman silam 1985-1955 di mana dia berpeluang bertemu ibu bapanya di sekolah tinggi. Di sini berlaku insiden yang boleh mengubah sejarah jadi Marty harus membetulkan keadaan semula.





http://mynewshub.cc/2015/01/27/keret...-depan-pancit/


Santai surat sheikh sobuni kpd tgna




upload gifs



Kpd Sahabatku yang mulia / Sheikh Nik Aziz Nik

mat, semoga Allah memelihara dan melindunginya.

Telah sampai kpd saya berita berkaitan kesakitan



Tuan, saya doakan semoga Allah menyembuhkan

Tuan, dan menganugerahkan kesabaran atas

ketentuan Allah, ini adalah ibtila' yang akan

menguji sesiapa yang dikasihinya di kalangan

hambaNya.



Saya juga bersyukur kpd Allah kerana telah

memberikan kekuatan kepada Tuan untuk

berkhidmat kpd agamanya, kitabnya dan kpd

ummat seluruhnya.



Saya bermohon kpd Allah yang

maha besar, Tuhan yang memiliki arasy yang besar

semoga Tuan disembuhkan, dan semoga

diteruskan kelebihannya kpd Tuan, semoga Allah

menutup usia kita bersama dengan Iman.

Saudaramu

Ali As Sobuni


Tuesday, 27 January 2015

Share/Info Senarai barangan yang dikenakan Cukai GST 2015


1/26/2015





Seperti yang pengguna Malaysia sedia maklum, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST 2015) dengan kadar enam peratus akan menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bermula bulan April 2015.



Sebelum ini ada barangan yang dikenakan cukai SST 10 peratus yang dimasukkan dalam harga jualannya. GST dengan kadar enam peratusakan menjadikan beberapa barangan pengguna ini dijangka lebih murah.



Antara barangan yang di jangka akan turun selepas pengenalan GST 2015 adalah:



Harga set televisyen

Peti sejuk

Pendingin hawa

Seterika

Pengering rambut

Lampin

Minuman ringan





Berikut pula antara barangan yang mungkin naik harga disebabkan ianya tidak dikenakan cukai sebelum ini:



Komputer

Komputer riba

iPad

Telefon bimbit

Jam tangan

Barangan kosmetik termasuk gincu dan pengilat kuku





Tidak akan ada GST untuk :



Ayam

Daging lembu

Daging kambing

Ikan

Itik

Ikan

Telur

Ikan bilis

Beras

Roti

Sayur-sayuran segar dan buah-buahan

Minyak kelapa

Minyak masak kacang tanah

Minyak kelapa

Susu bayi

Petrol RON95 dan diesel

Tol

Pengangkutan awam





Barangan makanan bukan keperluan walau bagaimanapun dikenakan GST seperti:



Sos tomato

Sos cili

Sos tiram

Mi cawan

Tempe

Keju

Marjerin

Telur puyuh

Minyak jagung

Minyak zaitun

Biskut

Donat

Croissant coklat





Jabatan Kastam telah mengeluarkan sebuah buku dengan menyenaraikan barangan yang dikenakan cukai dan tidak dikenakan cukai dari laman web di SINI :

http://gst.customs.gov.my/en/cp/Site...%202015%29.pdf











Sumber:

http://rossacalla.blogspot.com/2015/...-gst-2015.html





Others Update: Kos pengurusan jenazah, hidup susah..mati pun susah..- Penjelasan S/U Masjid






tak tahu btol ke tak...aku tak tahu pon ada kos2 camni masa pengurusan jenazah...#:-S



astrok angkat sepanduk...



Pejelasan S/U Masjid Sungai Bakap



Nibong Tebal: Isu kos pengebumian jenazah seorang lelaki meninggal dunia di Sungai Bakap, petang semalam yang mencecah RM4,735 dan menarik perhatian masyarakat seluruh negara selepas resit pembayaran dikeluarkan masjid jadi viral di media sosial dianggap sebagai salah faham.



Setiausaha masjid berkenaan, Ishak Abu Hassan berkata, ia sebenarnya bayaran untuk dua perkara iaitu menguruskan pengebumian jenazah dan upah bagi pelajar pondok berhampiran untuk membaca al-Quran.



“Sebenarnya kos menguruskan jenzah hanya sekitar RM1,200 namun atas permintaan keluarga, kos itu meningkat.



“Selepas berbincang dengan semua pihak termasuk keluarga arwah isu ini dianggap selesai,” katanya.



Ishak berkata, dia dimaklumkan mengenai resit berkenaan yang viral di media sosial sejak semalam namun tidak mengendahkannya kerana sudah dibawa ke pengetahuan keluarga arwah.



“Selepas solat Isyak semalam saya sudah maklum mengenai perkara ini,” katanya.



Sponsored