Ads Banner

Saturday, 27 June 2015

Wanita menangis kerana sedih, Lelaki menangis kerana gembira




Wanita menangis kerana sedih, Lelaki menangis kerana gembira

Dalam satu kajian, seramai 5,000 orang telah di kaji selidik bagaimana mereka menangis dalam situasi yang berbeza. Wanita lebih cenderung menangis berbanding lelaki apabila mereka merasakan lemah, tapi air mata lelaki lebih cenderung mengalir ketika 'kemenangan, kejayaan atau pencapaian,' kata Profesor Ad Vingerhoets.

Apabila bertindak balas dengan peristiwa-peristiwa sedih, wanita menangis sebanyak 4 kali berbanding lelaki.



Bagaimanapun lelaki membiarkan air mata mengalir lebih kerap apabila mereka mengalami sesuatu yang positif, sebagai contoh apabila pasukan sukan mereka menang satu perlawanan penting.

Profesor Vingerhoets berkata alasan yang paling biasa untuk menangis adalah perasaan yang tidak dapat di kawal, dan bukan kesedihan.

'Secara keseluruhannya, lelaki dan wanita menangisi perkara-perkara yang sama, seperti kematian orang yang tersayang, putus cinta, dan rindu.

'Bagaimanapun, wanita juga cenderung untuk menangisi perkara yang lebih biasa seperti konflik, kritikan dan putus hati. Luar biasa sekali, lelaki cenderung untuk menangis lebih kerap dalam tindak balas kepada peristiwa-peristiwa yang positif. '

Beliau berkata, ini mungkin kerana budaya, jika lelaki menangis ketika mereka berasa tidak berdaya ia dilihat sebagai satu tanda kelemahan.

Dalam kajiannya tentang 37 buah negara, Profesor Vingerhoets, Universiti Tilburg di Belanda, mendapati bahawa di sesetengah negara panas di Afrika, kadar lelaki dan wanita menangis adalah sama rata.

Tetapi di negara-negara beriklim sejuk seperti di Eropah, wanita cenderung untuk menangis lebih kerap berbanding lelaki.

Beliau menambah: 'Lebih sejuk negara itu, lebih ramai wanita menangis.'


Thursday, 11 June 2015

5 BENDA YANG LELAKI PANDANG PADA WANITA !!!!




Pemilihan pasangan ataupun calon isteri merupakan salah satu yg penting dalam kehidupan.Banyak perkara yg dinilai oleh si lelaki untuk mencari pasangan.Harini admin ingin berkongsikan sedikit tentang perkara yg lelaki pandang pada wanita...Ini pada pandangan admin yaaa.....


1. SUSUK TUBUH
    Faktanya, lelaki memang mudah tertarik pada perempuan yg kurus berbanding yg gemuk.Yela, mana ada lelaki yg nak pasangannya besar dari dia. Kalau boleh nak yang sedap sedap badan orang kata...tak terlalu kurus tak terlalu gemuk.Sedang sedang. Tetapi tak semua lelaki memilih....ada sesetengah boleh terima anda seadanya...tak kesah la gemuk asalkan dah sayang ....tapi majoritinya memang begitulah.


2. RUPA PARAS
    Tak ada lelaki yg taknak awek cun melecun. Cantik dari hujung rambut sampaila hujung kaki. Ada yg nak macam ara bla, korea la...semuanya ada citarasa masing masing.Yela mahu x bangga dapat awek cun meletop punya. Bawak pun rasa bangga.....persoalannya kalau semua nak yg cantik,yg x cantik macammana pulak.....Tak semua lelaki memandang paras rupa.Orang kata biarla sepadan.Tapi kalau dah rezeki dapat awek cub,takkan nak tolak...


3. CARA BERCAKAP
    Lelaki paling tak suka kalau perempuan bercakap tak beradab dan kasar. Lelaki suka perempuan yg lemah lembut, cakap pun elok, sejuk hati mendengar. Kalau bercakap pun da macam harimau cari makanan, mana lelaki nak dekat. So percakapan tu salah satu perkara yang lelaki pandang pada perempuan. Cakapla dengan cara yg lembut...tapi janganla terlampau manja dan menggedik,lain jadinya nanti haa...


4. HARTA
    Sebut tentang harta...Memang satu ciri ciri yg lelako nak...tetapi tak semuanya memandang.Cuma ada segelintir yg pandang harta, wang ringgit dan sebagainya.Kalau dah rezeki dapat awek orang kaya, janganla ditolak...Yang penting ikhlas...Mungkin sebabnya lelaki ni taknak susah di masa depan. Ekonomi pun kukuh.


5. PERSEFAHAMAN
     Lelaki tak suka perempuan yang tak memahami...Lelaki akan betul betul memilih nak cari pasangan. Yang understanding,takda nak marah2 tak tentu pasal...Dan yg boleh terima perangai dia seadanya....Kalau semua tak faham, itu tak bole ini tak bole...Tak kekal lamala....So cubala jadi wanita yg understanding...Bukan sebelah pihak je...dua dua kena toleransi.


Wednesday, 10 June 2015

Tips nak bagi tinggi secara semulajadi


-Pastikan mendapat kadar tidur yang mencukupi
Kajian memaklumkan bahawa badan kita membesar dan menghasilkan tisu ketika kita berehat. Tidur yang betul dan cukup adalah benar-benar penting dalam badan yang semakin meningkat
Ia dipercayai bahawa hormon pertumbuhan manusia dihasilkan secara semulajadi dalam badan kita semasa gelombang bunyi yang perlahan semasa tidur Di samping itu, mandi air panas sebelum tidur boleh meningkatkan kualiti tidur

-Cukup Gizi
Pastikan mendapat protein, lemak, vitamin (seperti vitamin A dan D) dan mineral (seperti zat besi, kalsium, seng dan yodium) yang mencukupi kerana sumber sumber ini sangat mempengaruhi proses pertumbuhan badan. Lakukan senaman yang kerap dan aktiviti bersukan. Antara cara terbaik untuk meningkatkan ketinggian secara semulajadi adalah fizikal yang sihat dan aktif seperti kanak-kanak. Senaman dan aktiviti sukan meningkatkan ketinggian. Apabila anda aktif , badan anda memerlukan nutrien yang lebih sihat dan kesannya, peningkatan dalam pengambilan nutrien dalam pertumbuhan

-Berenang
Aktiviti ini adalah cara yang terbaik untuk menambah ketinggian, kerana semasa berenang, seluruh badan akan mengalami peregangan dari badan sampai ujung kaki. Disamping itu, gerakan renang hampir melibatkan semua otot-otot tubuh. Jika tidak pandai berenang memadai melakukan aktiviti kayuhan berbasikal

-Mengamalkan diet seimbang
Ia amat penting untuk mendapatkan nutrisi yang betul. Justeru itu, anda disarankan untuk menjauhkan diri daripada memakan makanan ringan. Badan anda memerlukan semua vitamin dan mineral untuk berkembang dengan ketinggian maksimum anda

-Jangan mengamalkan perkara negatif dan amalkan gaya hidup sihat
Sebagai makluman mengambil dadah, alkohol dan merokok pada usia muda bukan sahaja tidak baik untuk kesihatan malah boleh menyebabkan pertumbuhan terbantut serta menghalang dari mencapai ketinggian maksimum. Selain itu, pengambilan kafein harus dihadkan untuk memastikan mendapat tidur dengan nyenyak dan teratur. Seperkara lagi , steroid juga telah didapati menghalang pertumbuhan tulang dan boleh menjejaskan ketinggian


Jangan mudah tertipu dengan mana-mana bengkel..


Jangan mudah tertipu dengan mana-mana bengkel.. (WANITA TERUTAMANYA)

1. Minyak hitam.
Minyak hitam yg bukan sintetik tu - setiap 5,000km atau 3 bulan whichever is earlier.
Kalau yg sintetik - mungkin 7,500km atau 10,000km.

2. Filter - sama seperti minyak enjin.
Minyak mineral biasa - 5000km
Minyak Synthetic - 7500km hingga 10000 km
Dalam ertikata lain, bila tukar minyak enjin tu, maka tukar juga la filter minyak tu sekali (oil filter)

3. Spark plug - 20,000 km ikut schedule maintenance book!
Tapi kau boleh pakai sampai 30k-40k takde hal...benda ni bukan critical sangat! Tapi kalau dah lebih 40k tak tukar, dia nya electrode pun dah nipis, elok tukar aje...Harga sekitar Rm20-25 untuk 4 biji...

4. Bateri kereta - 18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara penggunaan...kalau kita selalu topup airsuling tu, ianya boleh tahan sampai 2 tahun...kalau selalu lupa topup dan selalu kering...6 bulan pun bateri boleh kong!

Free maintenance battery lain pulak ceritanya...tak payah top up air , harga lebih mahal dari bateri biasa. Bila beli bateri, jangan main hentam aje, ini kerana di Malaysia banyak barang tipu...so , beli bateri dari jenama yg boleh dipercayai... BOSCH, CENTURY... tapi ada juga jenama yang tak terkenal tapi elok!

Bateri yang baik biasanya lebih berat dari bateri yang kurang baik. bandingkan bateri tersebut dalam kategori yang sama..kalau NS50 tu anda kena compare dengan NS50 dari jenama yg lagi satu! Kalau kancil tak silap aku pakai NS40 atau NS40L..begitu la citernya!

5. Timing belt - 60,000km untuk kereta proton Wira, Saga. Waja boleh tahan sampai 90,000km dan Honda CRV tahan sampai 160,000km. Jadi timing belt ni ikut jenis kereta. Banyak orang tak tahu, depa sampai aje 60,000km terus tukar tak kira la dia pakai apa kereta pun! Mekanik cina sengeh aje la, buat apa tolak rezeki dari duit orang Melayu!

6. Clutch plat - Clutch plate ni ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman, hanya tukar bila ada simptom "clutch slipping" berlaku sewaktu pemanduan kita. Ni perkara yang susah nak terangkan,sebab tu mereka kata bila 100,000km baru tukar clutch!

7. Fuel Filter - tukar aje la sekitar 40,000km sekali. Benda ni pun murah RM15-20je.

8. Air Filter atau Filter Udara - yang ni di tukar setiap 20,000km. Tapi pada mereka yang tukar kepada K&N type, benda ni tak payah tukar, tapi mampu dibersihkan sudah cukup.

9. ATF - Automatic Transmission Fluid. Minyak ni memang penting bagi yang pakai AUTO. Dalam manual dia ada sebut setiap 20,000km tukar. Tapi boleh la extend hingga 30,000km kepada mereka yang nak jimat. Minyak ni memang penting ditukar...jangan abaikan (contohnya tak tukar lebih dari 30,000km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlu perbelanjaan yg besar. Kalau kita rajin tukar, kereta tak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 litre. Ini membazir untuk kita, tapi bukan pada pihak cina yang bikin servis. Caj hanya sekitar RM200++. Kalau anda selalu tukar ATF, hanya tukar biasa aje, yang budget kurang dari RM100...ikut saiz kereta anda!

10. Gear Oil - untuk mereka yg pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu pakai ATF, tetapi sebaliknya pakailah Gear Oil. Benda ni boleh la tukar 60,000km sekali.

11. Brake Fluid dan Power Steering Fluid - Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.

12. Radiator Coolant -sebotol RM8-RM15... selalunya warna hijau! 60,000km boleh la tukar sekali!!! Kalau air radiator korang warna clear aje. Maknanya air paip biasa aje tu! Pakai coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!

13. Air-Cond Belt/ Alternator Belt - Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt. Kalau kita terlupa tukar sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian "ribs"nya dah ada"crack-crack" yang halus...maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini. Akhir sekali, ingin admin ingatkan maintenance schedule yang ikut "km" atau masa"3 bulan" "6 bulan" dan seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan atau dalam bahasa enggeris lebih dikenali sebagai "preventive maintenance"

15.Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar. Preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang! Tapi dalam dunia ni, mana ada yang perfect! Preventive Maintenance Schedule ni kalau kita ikut tanpa mengetahui sedikit sebanyak tentang fungsi atau sebab mengapa setiap alatganti tu perlu ditukar. Ianya boleh juga menjadi suatu pembaziran bagi orang Melayu dan keuntungan bagi orang cina.

16.Contohnya- kalau kita buta-buta ikut apa yg di syorkan oleh pembuat alat ganti. Contohnya "shock absorber" perlu diganti setiap 20,000km, tentu kita tidak mampu mengikutnya! Jadi anda perlu ada asas ilmu seperti yang diterang kan di atas.

17. Minyak hitam mineral utk 5000km/3 bulan, minyak semi-sintetik utk 10,000km/6 bulan, minyak fully sintetik utk 15-20,000km/ 1 tahun. Kalau boleh elakkan beli minyak hitam di kedai spare part cina tersebut sebab banyak minyak cap ayam yang cina telah sediakan khas untuk tipu orang Melayu. Botol mungkin ada cap Castrol, Shell, Petronas, Eneos dan lain-lain. Tetapi dalam tu sebenarnya adalah minyak murah made in china. Dlm satu hari ada beribu-ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel cina. Bos cina ini sentiasa mengarahkan pekerja cinanya untuk mengambil botol-botol kosong ini dan refil serta bubuh seal baru supaya dapat mengaut keuntungan dari duit orang Melayu. Elok beli minyak di stesen minyak - confirmed genuine. Unless kalau betul2 yakin dgn kedai spare part yg kita beli tu. Tapi apa admin boleh katakan 90% sparepart serta bengkel cina semuanya menggunakan kaedah ini.

18. Minyak gear manual ditukar setiap 40,000km untuk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000km utk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat. Paling bagus utk kereta lama - bubuh gearbox treatment. Minyak gear ATF - ditukar setiap 20,000km. Sama mcm di atas.

19. Flush? kalau dlm buku takde kata - maka tidak perlu. Air filter pun sama - 20,000km. Coolant - tukar tiap-tiap 20,000km. Nak tukar tiap-tiap 50,000km pun boleh dgn syarat guna air suling or RO water. Timing belt - ditukar setiap 80,000km. Tapi pernah terjadi stretch sampai 110,000km(Wira 1.6xli) tanpa masalah sebab menggunakan timing original Mitsubishi dan ia selalu inspect timing belt keretanya. Merekah takda, gigi still elok - tak perlu tukar. Aircond belt, altrnator belt, power steering belt - tukar semasa tukar timing belt atau apabila nampak crack.

20. Water pump - ditukar apabila menukar timing belt untuk kali ke-2. Let's say kita tukar timing belt setiap 80,000km, maka apabila kita menukar timing belt utk kali kedua pada 160,000km, elok tukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba. Nak tukar water pump kena bukak timing belt. So kalau buat sekali, tiada extra labor charge. Spark plug - every 20,000km. Atau selagi plastik kat tgh tu masih putih dan tiada kesan terbakar. So kena check spark plug. Kalau spark plug berminyak - engine dah agak uzur dan kena overhaul sebab piston ring dah haus. Asap biru kat ekzos jugak adalah tanda piston ring haus i.e. minyak hitam terbakar. BTW, ini bukan service biasa. Dah kira major work jugak. Head gasket - tukar apabila minyak leaking kat area tu. Atau sekiranya berlaku coolant loss akibat dari blown head gasket. Buat grind valve sekali. Org panggil nie top-overhaul.

21. Biasanya top overhaul tidak diperlukan kepada kereta bawah 7 tahun atau 200,000km. Tp ada gak yg 7-80,000km/kurang 5 tahun dah kena top overhaul sebab suka lenjan engine. Dok main red line manjang. Ini pun major work la jugak skit. Brake pad - tukar bila haus atau bila rasa brake kurang mengigit. Biasanya kereta 3-4 tahun sekali. Minyak brake - pun sama. Anyway brake belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya double. Bercakap tentang timing belt (juga dipanggil cam belt kerana ia memacu camshaft), ianya berbeza antara satu pengeluar ke pengeluar yg lain.

22. Pada asalnya, enjin pembakaran dalam menggunakan camshaft yg di letak di dalam blok enjin. Secara standardnya pertukaran timing belt pada setiap 100,000km ikut ketetapan pengeluar jepun. tetapi Jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di Malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses wear and tear timingbelt yg dibuat dari adunan getah, plastik dan fibre glass. Maka itu, adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 90,000km. Bagi alat ganti timing belt berkualiti rendah, kita perlu menukar lebih awal, maybe 60,000km. Admin tak begitu pasti tentang ini.

23. Sesetengah pengeluar seperti Alfa Romeo mencadangkan pertukaran timing belt pada jarak hanya 30,000km bagi semua enjin straight 4 twin spark dan juga enjin V6 bagi model sebelum tahun 1999. Pada tahun 1996 dahulu, ada juga pemilik cina yang kerek dan cakap timing belt boleh tahan sampai 100,000km. Tak perlu tukar pada 30,000km. Then, keta dia kena tarik masuk sebab timing belt putus dan enjin kena overhaul. Bacaan odometer ketika itu = 35,000km. Maka moralnya adalah kita perlu patuhi spesifikasi service dan penyelenggaraan pengeluar. Banyak kenderaan zaman sekarang telah menggunakan timing chain sbg ganti kepada timing belt. Ini termasuk Nissan, Honda dan Toyota .Toyota misalannya menggunakan timing chain bagi semua kenderaan penumpangnya iaitu :-

Camry ACV30 - enjin 2AZ-FE 2000cc
Corolla Altis ZZE121 - enjin 1ZZ-FE 1600cc
Vios NZE10 - enjin 1NZ-FE 1500cc

24. Model seperti CRV pada mulanya menggunakan timing belt, tetapi untuk CRV baru generasi kedua, Honda juga kembali memperkenalkan timing chain melalui enjin i-VTEC. ianya tidak memerlukan pertukaran biarpun sudah mencecah 500,00km lantas menjimatkan kos dan menjaga alam sekitar. Sekiranya mekanisme rantai mengeluarkan bunyi, hanya perlu tukar tensioner bearing dan segalanya pulih spt sedia kala. 





22 panduan selamatkan rumah dari perompak


(1) Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

(2) Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

(3) Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12:00 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan Petaling Jaya).

(4) Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

(5) Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama ...).

(6) Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and off kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa alert).

(7) Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

(8) Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).

(9) Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefor pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dengan kita.

(10) Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam bilek tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

(11) Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis kawasan anda, bomba kawasan anda, 999 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon.

(12) Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

(13) Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi bercuti.

(14) Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat-surat dalam peti surat. Peti surat yang penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

(15) Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

(16) Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & steering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri).

(17) Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.

(18) Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

(19) Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

(20) Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.

(21) Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.

(22) Pastikan keadaan selamat sebelum buka pintu rumah (Tak kira siang atau malam, terutamanya balik lepas 11:00 malam).


Lihat Bagaimana Rupa Enjin Jika Kita Tak Tukar Minyak Enjin


Pemilik kereta Audi TT telah mebawa kereta sejauh 134,052 km tanpa menngantikan dengan minyak baru.
sebelum ingin menukar minyak enjin baru lihat apa jadi pada enjin dia..so lepas ni tengok2 kan la minyak hitam kereta korang ye..





Evolusi hardisk dari 1956-2015

Pernah tak korang amik tau pasal hardisk kat PC atau laptop? Jarang kan. Di sini saya akan tunjukkan perubahan teknologi hardisk dari tahun 1956 hingga 2015...



Sponsored