Ads Banner

Tuesday 10 February 2015

Bagaimana Air Asia Mengaut Untung Tambahan RM200 Juta?


Bagaimana Air Asia Mengaut Untung Tambahan RM200 Juta?

Mana-mana bisnes sekali pun, usahawan perlu bijak dan berfikiran kreatif. Ini bagi memajukan keuntungan bisnes, serta mengelakkan kita daripada bersaing dengan ‘big boys’. Iaitu orang besar dalam industri.

Konsep Percuma Air Asia

Salah satu kreativiti yang boleh diaplikasikan dalam bisnes kita ialah, memberikan produk percuma kepada pelanggan. Chris Anderson, penulis buku The Long Tail and Free melakukan kajian dan mendapati pemilik bisnes mampu menggandakan keuntungan jangka masa panjang, jika mereka bijak memanipulasikan konsep percuma ini.


Google Juga Menggunakan Konsep Percuma!

Syarikat enjin carian terbesar di dunia iaitu Google, adalah salah satu contoh terbaik yang menggunakan konsep percuma ini. Kita boleh lihat menerusi servis enjin carian dan servis-servis lain yang diberikan secara percuma. Antaranya ialah:

Google Trends
Gmail
Google Maps
Google Apps


Melalui servis percuma ini, bilangan pengguna akan bertambah. Jadi, pihak syarikat boleh menggunakan statistik pelawat bagi meletakkan caj yang lebih tinggi kepada pengiklan.

Laporan Bloomberg Businessweek pada Februari 2010 mendapati, CEO Google iaitu Eric Schmidt menyatakan bahawa jumlah keuntungan pengiklanan Google hampir mencecah 1 bilion dolar. Ia merangkumi 4% daripada jumlah keuntungan keseluruhan syarikat.

Konsep Percuma AirAsia Memberikan RM200 Juta?

Syarikat tempatan yang berjaya menggunakan konsep percuma adalah Air Asia, syarikat penerbangan tambang murah milik Tony Fernandes.

Air Asia Menawarkan Free Seats Pada Penumpang

Dalam buku Terbang Tinggi Seperti Air Asia karya Mazlan Mohamad, pihak Air Asia memberikan tawaran tempat duduk percuma (Free Seat) kepada mereka yang ingin melancong ke luar negara.

Air Asia berjaya memperoleh keuntungan tambahan sebanyak RM200 juta menerusi pemberian tempat duduk percuma ini.

Bagaimana Ia Boleh Berlaku?

Pihak Air Asia akan rugi jika mereka membiarkan tempat duduk itu kosong. Dengan tawaran tempat duduk percuma, mereka berjaya menarik orang ramai untuk memenuhi tempat duduk tersebut.

Dalam masa yang sama, penumpang akan membelanjakan wang ketika penerbangan. Seperti menggunakan perkhidmatan, membeli makanan dan produk-produk yang dijual dalam pesawat.

Air Asia akan memperoleh keuntungan tambahan, meskipun mereka menyediakan tempat duduk percuma.

No comments:

Post a Comment

Sponsored