Ads Banner

Sunday, 15 February 2015

10 Sebab Facebook Beli Whatsapp

Mark Zuckerberg sangat berminat dengan platform mudah alih.


1. Whatsapp mempunyai kehadiran mudah alih lebih banyak dari Facebook. Berbanding Facebook, Whatsapp kini mempunyai 419 juta pengguna aktif di seluruh dunia berbanding Facebook iaitu hanya 145 juta.

2. Data. Whatsapp menyimpan nombor telefon, nama, emel, log sembang dan banyak lagi data yang sebenarnya lebih bernilai daripada sejumlah USD16 bilion yang ditawarkan bagi membeli Whatsapp.

3. Mahu kalahkan Google. Sebelum ini, Google menawarkan angka USD10 bilion untuk membeli Whatsapp tetapi ia ditolak, tidak mustahil, tawaran baru akan dikemukakan dengan senang. Jadi sebelum Google berbuat demikian, lebih baik Facebook membelinya.

4. Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg memang mengidamkan industri mudah alih namun aplikasi yang ditawarkannya melalui Facebook Messenger agak lambat untuk mendapatkan pengguna aktif berbanding Whatsapp. Cara mudah, beli saja aplikasi sedia ada yang telah terbukti popular.

5. Masa depan internet bukan terletak pada desktop tetapi pada pemakaian gajet mudah alih. Peluang mengembangkan aktiviti pengiklanan kini bukan hanya boleh dimasukkan dalam Facebook tetapi lebih meluas. Kini Zuckerberg boleh menjual iklan lebih banyak dengan harga lebih tinggi.

6. Mengejutkan apabila lebih 400 juta foto dihantar dan dimuat turun dalam Whatsapp setiap hari. Facebook pula hanya 350 juta foto. Instagram yang dibeli Facebook pula hanya 55 juta. Jika dicampur kedua-duanya, hanya lebih 5 juta saja. Ia jelas menunjukkan Whatsapp sebagai platform yang bernilai tinggi.

7. Laporan Delooitte 2013 jelas menunjukkan jumlah SMS semakin berkurang dari tahun ke tahun dengan kadar penurunan 5 bilion kepada 140 bilion dengan pilihan kini beralih kepada aplikasi mesej pantas (IM) yang bertambah kepada 300 bilion setahun.

8. Kos operasi lebih murah. Bayangkan Whatsapp kini hanya mempunyai 55 pekerja dan jika kosnya hanya USD100,000 setiap pekerja setahun, Facebook hanya perlu membelanjakan kira-kira USD5.5 juta setahun. Dengan kos keuntungan dijangka RM1 bilion setahun, Facebook masih mampu membuat untung berlipat-lipat ganda meskipun ratusan staf ditambah.

9. Naikkan nilai saham Facebook. Meskipun selepas pengumuman, nilai saham susut 3.4 peratus, untuk jangka masa panjang, ia dijangka menambahkan lagi nilai IPO apabila industri permesejan sangat diperlukan pada masa sekarang dan masa depan.

10. Mark Zuckerberg banyak duit!

http://my.news.yahoo.com

Kebakaran Terbesar Dalam Sejarah Dunia


Kebakaran besar telah berlaku apabila Reaktor 4 di stesyen kuasa nuklear Chernobyl meletup pada April 1986.Bahangnya mencapai hingga ke 2,700 darjah Celcius yang menukarkan air pancutan ahli bomba kepada wap beradioaktif.Kebakaran hanya dapat dihentikan dengan mencurahkan 5,000 tan campuran pasir,tanah liat,plumbum dan boron menggunakan helikopter.

Thursday, 12 February 2015

Pemergian Allahyarham Datuk Nik Aziz


Orang kata dia nyanyok....tapi 30 juzuk dalam kepalanya,

Orang kata dia memecahkan ummah....tapi cina india terimanya,

Orang kata dia gila....tapi ulama' dunia menyanjungi kehebatannya pada dirinya,

Orang kata dia bukan ulama'....tp ulama' sedunia mengeruninya,

Orang kata dia gila dunia....tapi tiap2 minggu dia duduk ajar ilmu akhirat,

Orang kata dia banyak harta....tp rumah nya hanya berdindingkan kayu dan zink,

Org kate dia bla bla bla.....tapi dia cool sepanjang masanya sebab dia tahu dunia ni hanyalah sementara baginya untuk bercucuk tanam dan menanti kepulangn besar di akhirat walaupun dia dimaki hamun kerana keperibadiannya untuk menegakkan SYARIAT ISLAM dibumi ALLAH.... hari ini 9.45malam, 12/2/2015 (Malam Jumaat) dengan usianya 84 tahun, beliau menghembuskan nafas2 terakhir meninggalkan kita semua.. AL-FATIHAH buat tetamu Murobbi Allah, Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat.. damai lah engkau disana... 


neurotransmitter cinta



ADA APA DGN CINTA?

Banyak sebenarnya. Estrogen, Testosterone, Phenylethylamine (PEA), Dopamine, Noradrenaline, Endorphins, Oxytocin dan Serotonin hanya sebahagian daripada kisah cinta ini. Interaksi bahan-bahan kimia semulajadi inilah yang menjadikan cinta seperti cinta yang kita kenali.

Lebih spesifik: Dopamine, Norepinephrine, dan Serotonin terhasil pada fasa mengurat dan terpikat. Oxytocin dan Vasopressin pula dikaitkan dengan hubungan jangka masa panjang. Apabila cinta dan kasih sayang sudah menebal.

Bila mata bertentang mata, lidah kelu untuk berkata.Cinta. Cinta lahir dari mata tapi tidak terus ke hati. Cinta menyimpang ke jantung. Jantung menggetarkan ritma yang luar biasa, diterjemahkan di otak melalui sistem saraf autonomik. Terhasillah PEA (thanks to Klein Liebowitz), Dopamine dan Noradrenaline. Kesemuanya dari salasilah yang sama dengan Amphetamine, juga dikenali sebagai Speed, sejenis dadah berbahaya.
Kesannya? Hampir sama dengan Speed. Jantung rasa berdebar, lutut menggeletar. Air liur meleleh, tak dapat ketagih. Makan tak lalu, tidur tak lena. Hidup jadi serba tak kena.

Hilang selera makan, peningkatan stamina (chatting berjam-jam tak letih punya...), perpeluhan, hyperactive, loya, gatal-gatal kulit (betullah istilah menggatal tu), peningkatan kadar degupan jantung, tekanan darah tinggi, pening.

Kesannya kepada psikologi pula: banyak cakap, peningkatan konsentrasi dan confident, peningkatan respon dan euphoria (tu yg tergelak sorang2 tu...), insomnia, decrease REM sleep (tu yg tidur tak lena).

PEA juga membuatkan seseorang itu yakin, alert dan berani mencuba sesuatu yang baru, sebab tu la kita tengok orang mabuk asmara ni sanggup buat yg pelik-pelik; lari dari rumah, lompat pagar asrama, sanggup buat apa-apa saja untuk yang dikasihi. (konon...)

Tetapi, bila 'dibuang cinta', clash, putus cinta& kesannya amat parah. Otak serta merta akan berhenti merembes PEA dan kesannya, sama dengan penagih Speed yang tak dapat stok; tak tentu arah, panik, bengong, boleh jadi gila. Tak mustahil medically.

Cinta. Euphoria, gayat, ketagihan. Di luar kawalan. Di bawah sedar.

Norepinephrine dan Dopamine sering dikaitkan dengan romantik. Mana taknya, ia merupakan desire molecule antara neurotransitters. Dopamine yang terhasil di kala bercinta berhubungkait dengan penghasilan Oxytocin, sejenis hormon yang diperlukan oleh ibu-ibu yang menyusukan. Oxytocin kadangkala digelar 'cuddle chemical'.

Oxytocin dirembes dgn banyak ketika aktiviti-aktiviti aktif seperti urutan (sebab tu, urut mengurut ni amat berbahaya bagi sesiapa yang tak nak jatuh cinta, hati-hati, cakar harimau amat baik untuk pasangan suami isteri...), aktiviti-aktiviti lasak dan aktif ketika dating juga adalah salah satu cara yang baik utk mengurat; roller coaster ke, berlarian-larian, keliling pokok macam hindustan tu sume. Sume ni Oxytocin punya kerja.

Oxytocin juga mengurangkan perasaan takut dan meningkatkan kepercayaan, tu kualiti penting dalam percintaan. Kajian juga menunjukkan Oxytocin melembapkan beberapa fungsi pembelajaran dan ingatan. Hmm... tapi masih boleh dipertikaikan, sebab ada yang lebih berjaya dalam akademik bila bercinta. Kalau tidak hati-hati, Oxytocin berlebihan akan menimbulkan masalah.

Akibatnya? Bila masing-masing sudah berkehendak, mulut tidak lagi boleh berkata tidak. Tangan mula meraba, mengusap, membelai. I love You, You love I. Maruah pun tergadai. LOLZ

Tabiat Yang Menyebabkan Kerosakan Otak

1. Tidak mengambil sarapan pagi

- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.


2. Terlebih makan

- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.


3. Perokok

- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit Alzheimer.


4. Penggunaan gula yang berlebihan

- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.


5. Pencemaran udara

- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.


6. Terlebih tidur

- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.


7. Menutup muka ketika tidur

- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.


8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat

- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.


9. Kurang berimiginasi

- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.


10. Jarang berfikir

- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.


Falsafah buah oleh Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man





Falsafah Buah-buahan ... .......


1. Jadilah buah jagung, jangan jadi buah gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan buah gajus menunjukkan bijinya yang cuma ada satu.
Maksudnya : Jangan suka menunjuk-nunjuk harta, ilmu dan sebagainya.

..............

2. Jadilah Pokok pisang.
Pokok pisang kalau berbuah hanya sekali, kemudian mati.
Maksudnya : Kesetiaan dalam perkahwinan.

..............

3. Jadilah buah durian , jangan buah kedondong.
Walaupun di luarnya penuh dengan kulit yang berduri tajam, tetapi dalamnya lembut dan manis. Hmmm, berbeza dengan kedondong, luarnya licin tapi rasanya agak masam dan di dalamnya ada biji yang berduri.
Maksudnya : Don’t Judge a Book by The Cover.. jangan menilai orang dari luarnya saja.

..............

4. Jadilah ubi kayu.
Walaupun hidup dalam tanah, tetapi isinya putih bersih.
Maksudnya : Jagalah hati jangan kau nodai dengan kekotoran.

..............

5. Jadilah setangkai petai, bukan setangkai rambutan.
Tangkai petai memberi makanan yang sama rata ke biji petainya, semua seimbang, tidak seperti rambutan.. ada yang kecil ada yang besar.
Maksudnya : Selalu bersikap adil.

..............

6. Jadilah kelapa
Semakin tua semakin pekat santannya
Maksudnya : Semakin tua semakin bijaksana dan berguna.

🍅🍅🍅🍅🍅🍅🍅

7. Jadilah manggis. Berapa banyak kelopok bunga di luar kulit, sebanyak itu jugalah ulas isi di dalam. Maksudnya: kena jujur, apa yang ditunjukkan di luar sama seperti apa yang diniatkan di dalam hati.

Bandar Tertinggi Dengan Gelandangan Di Dunia (Homeless)

Dalam kepesatan pembangunan sesebuah negara, ada juga segelintir penduduknya yang masih tidak mempunyai rumah dan masih gelandangan. Malaysia bersyukur kerana insan gelandangan di negara kita masih belum di tahap membimbangkan





























Wednesday, 11 February 2015

Perkara yang Tidak Harus Dilakukan Apabila Melawat Negara Lain


Ada sesetengah perkara yang perlu kita elakkan daripada melakukannya di sesetengah negara lain


1. Jangan duduk di tempat duduk belakang apabila menaiki teski di Mesir

Mesir sebuah negara yang sangat peramah. Anda bukan sahaja menaiki teski, bahkan berjumpa dengan sahabat baru yang mana akan menjadi "tour guide" sepanjang anda berada dalam teski tersebut.


2. Dilarang memberi makan burung merpati di Venice 

Ianya nampak seperti sesuatu yang tidak salah untuk dilakukan. Tetapi di Venice, ianya salah disisi undang2 mereka, dan anda mungkin akan disaman. Merpati memang kelihatan sebagai burung yang mesra, tetapi burung inilah yang banyak memusnahkan bangunan-bangunan bersejarah di sana.




3. Jangan sampai tetap pada waktu (on time) di Venezuela

Selalunya di kebanyakkan negara, kita dilarang untuk sampai lewat. Tidak di Venezuela! Jika anda tidak lewat, mereka akan menganggap anda tamak dan orang yang tidak sabar ==!



4. Jangan tambah garam dalam makanan di Mesir

Jika anda menambah garam disana, mereka menganggap anda sebagai kejam dan tidak suka akan makanan mereka!




5. Jangan sesekali senyum kepada orang ramai yang tidak dikenali di Russia

Anda perlu kelihatan biasa dan kosong di Russia. Bukannya mereka semua tidak peramah, tetapi mereka menyimpan senyuman dan keceriaan mereka hanya untuk orang yang betul-betul mereka kenal dan sayang.



6. Jangan guna beg plastik di Italy

Di Italy, sangat penting untuk anda kelihatan menawan. Oleh itu, anda sangat digalakkan untuk membeli beg "eco-friendly" apabila membeli-belah disana



7. Jangan tunjuk simbol tanduk Syaitan (The Horn)di Italy.

Bukan sahaja di Italy, bahkan di Sepanyol, Portugal, dan Brazil anda dilarang sama sekali untuk menunjukkan simbol tersebut. Ianya dianggap sangat kejam dan sesuatu yang sangat bodoh untuk dilakukan di sana.






Cara Untuk Mengenali Punggung Gadis


Punggung gadis berubah melalui 2 proses:

1. Punggung gadis menjadi besar kerana proses hormon.
2. Punggung gadis menjadi besar kerana lelaki.

a. Punggung yang sudah disentuh lelaki akan menjadi besar, lebih-lebih lagi yang sudah melakukan hubungan kelamin. Punggung gadis yang masih suci walaupun gemuk ia masih kelihatan cantik, sebab masih kental dan tegang serta tidak lesu dan jatuh.

b. Cuba perhatikan pinggang gadis. Kebiasaannya pinggangnya masih ramping dan punggung tidak besar, tidak montok dan kental. Kalau dia berjalan punggungnya tidak goyah sebab dagingnya masih mantap dan tidak lembut.

c. Bagi yang pernah melakukan hubungan seks, punggungnya memang berisi dan besar tetapi tidak kental. Punggungnya nampak jatuh, lebih-lebih lagi ketika berjalan dan goyangannya tidak melantun.

d. Kenapakah punggung gadis yang pernah melakukan hubungan seks badan nampak sedikit jatuh?

Di saat melakukan hubungan seks, lebih kurang 90% hormon yang ada di bahagian punggung akan tertumpu ke bahagian kemaluan, sebab di masa klimaks, punggung gadis menjadi tegang. Apabila sudah habis melakukan hubungan punggung yang tegang akan mengendur semula dan ini menyebabkan punggung menjadi kendur dan jatuh. Lebih kerap gadis itu melakukan hubungan seks, punggung akan semakin jatuh, lesu dan leper.

10 Perang tersingkat sepanjang sejarah



Tampaknya tidak satu tahun berjalan begitu saja tanpa satu perang. Beberapa perang ini akan memakan waktu beberapa tahun dan memakan korban yang sangat tinggi, namun ada juga perang yang singkat. Ini adalah daftar sepuluh perang singkat sejak 1800. belum termasuk perang yang berakhir pada ceasefire, dari revolusi atau perang kemerdekaan, atau perang yang terjadi selama Pertama atau Perang Dunia Kedua.

1. Anglo-Zanzibar War, 45 minutes
Perang tahun: 1896
perang Antara: British Empire vs Zanzibar
Hasil: British menang

2. 6 Day War, 6 days
perang tahun: 1967
perang antara: Israel vs Egypt, Syria, Jordan, Iraq
hasil: israel menang

3. Perang India-Pakistan, 13 hari
perang Tahun: 1971
Antara: India vs Pakistan
Hasil: Bangladesh menjadi negara merdeka

4. Perang Serbia-Bulgaria, 14 hari
Perang Tahun: 1885
Antara: Kerajaan Serbia vs Kerajaan Bulgaria
Hasil: Bulgaria menang

5. Perang Armenia-Georgia, 24 hari
perang Tahun: 1918
Antara: Georgia vs Armenia
Hasil: Reksa administrasi sengketa Kecamatan

6. Sino-Vietnam, 27 hari
perang Tahun: 1979
Antara: Cina vs vietnam
Hasil: Kedua belah pihak mengklaim menang

7. Yunani-Turki, 30 hari
perang Tahun: 1897
Antara: Yunani vs Kesultanan Utsmaniyah
Hasil: Yunani kalah

8. Perang Balkan kedua, 32 hari
perang Tahun: 1913
Antara: Bulgaria vs Yunani, Serbia, Montenegro, Rumania, Kesultanan Utsmaniyah
Hasil: Bulgaria kalah

9. Perang Polandia-Lituania, 37 hari
perang Tahun: 1920
Antara: Republik Polandia vs Lithuania
Hasil: polandia menang

10. Falklands War, 42 hari
perang Tahun: 1982
Antara: Argentina vs Inggris
Hasil: Inggris menang

Tuesday, 10 February 2015

Kasut Khinzir @ Babi..

Ciri-ciri kasut kulit khinzir a.k.a babi ialah ada 3 bintik berwarna putih kekuningan. Semoga dengan gambar yg saya post ni dapat memberitahu anda ciri-ciri kasut yang diperbuat dari kulit babi@ khinzir.





Asal usul ubat gigi Darlie



Betul ke Darlie dan Colgate keluar dari kilang yang sama? Kiranya macam pesaingan la..tapi sebenarnya satu geng je..Dan sebenarnya banyak lagi jenama terkenal kat Malaysia ni dari satu kompeni.. tapi mengeluarkan iklan berasingan..

Darlie dahulunya dikenali sebagai Darkie adalah jenama ubat gigi yang dikeluarkan oleh syarikat Hawley & Hazel. Perkataan "Darkie" digunakan di Amerika dan Eropah merujuk kepada orang berkulit hitam dan dikatakan berunsur perkauman. Sebab tu nama tu ditukar kepada Darlie dan imej dekat kotak pun sudah bertukar. Darlie menjadi salah satu jenama ubat gigi popular di Taiwan sehingga hari ini.

Tetapi ramai yang tidak tahu bahawa perkata "Darlie" pun merujuk kepada perkataan hitam, cuba pergi Google translate dan translate perkataan English (DARLIE) -> Chinese. Pastu ambik perkataan Chinese yang keluar tadi dan translate balik ke English dan tekan untuk maksud alternatif (rujuk gambar bawah). Kalau tak puas hati lagi pergi tanya orang Cina maksudnya.

Sumber : blogslucumenarik

Asal Usul Seluar Jean's Levi's


Kerubut Emas (The Gold Rush) dalam tahun 1848 telah menarik ramai pengembara pengembara ke California. Salah seorang daripada mereka ialah pemuda yang berumur 20 tahun bernama Levi Strauss (1829-1902)


Strauss pernah menjadi peniaga kain di New York, dan dia membawa beberapa gulung kain untuk dijual di dalam perjalanannya ke barat. Dengan cara ini dia memperolehi pendapatan, dan semasa dia sampai di California, Levi Strauss telah menjual kesemuanya kecuali segulung kanvas.

Tiada siapa yang mahu pakaian yang diperbuat daripada kanvas! Ternyata kerja melombong emas menjadikan seluar seluar panjang pelombong pelombong lusuh dengan cepat. Oleh itu Strauss membuat beberapa pasang seluar panjang kanvas untuk dijual kepada mereka. Semakin lama semakin ramai pelombong pelombong telah dating kepada Strauss untuk mendapatkan sepasang seluar panjang kanvas.

Strauss tidak begitu berpuas hati dengan kanvas, dia pun mula menggunakan satu fabric baru dari Genoa, Italy. Penenun penenun di sana memanggil fabric tersebut “genes”. Strauss telah menukarkan namanya kepada “Jeans” dan kemudian menamakan seluar panjangnya “Levi’s”. Seluar ini popular di kalangan koboi dan juga pelombong pelombong. Kini ia dipanggil Levi’s atau jean biru dan popular di seluruh dunia. Setiap tahun seluar Jeans Levi’s akan keluar dengan jenis baru yang lebih baik untuk si pemakainya.

Bagaimana Air Asia Mengaut Untung Tambahan RM200 Juta?


Bagaimana Air Asia Mengaut Untung Tambahan RM200 Juta?

Mana-mana bisnes sekali pun, usahawan perlu bijak dan berfikiran kreatif. Ini bagi memajukan keuntungan bisnes, serta mengelakkan kita daripada bersaing dengan ‘big boys’. Iaitu orang besar dalam industri.

Konsep Percuma Air Asia

Salah satu kreativiti yang boleh diaplikasikan dalam bisnes kita ialah, memberikan produk percuma kepada pelanggan. Chris Anderson, penulis buku The Long Tail and Free melakukan kajian dan mendapati pemilik bisnes mampu menggandakan keuntungan jangka masa panjang, jika mereka bijak memanipulasikan konsep percuma ini.


Google Juga Menggunakan Konsep Percuma!

Syarikat enjin carian terbesar di dunia iaitu Google, adalah salah satu contoh terbaik yang menggunakan konsep percuma ini. Kita boleh lihat menerusi servis enjin carian dan servis-servis lain yang diberikan secara percuma. Antaranya ialah:

Google Trends
Gmail
Google Maps
Google Apps


Melalui servis percuma ini, bilangan pengguna akan bertambah. Jadi, pihak syarikat boleh menggunakan statistik pelawat bagi meletakkan caj yang lebih tinggi kepada pengiklan.

Laporan Bloomberg Businessweek pada Februari 2010 mendapati, CEO Google iaitu Eric Schmidt menyatakan bahawa jumlah keuntungan pengiklanan Google hampir mencecah 1 bilion dolar. Ia merangkumi 4% daripada jumlah keuntungan keseluruhan syarikat.

Konsep Percuma AirAsia Memberikan RM200 Juta?

Syarikat tempatan yang berjaya menggunakan konsep percuma adalah Air Asia, syarikat penerbangan tambang murah milik Tony Fernandes.

Air Asia Menawarkan Free Seats Pada Penumpang

Dalam buku Terbang Tinggi Seperti Air Asia karya Mazlan Mohamad, pihak Air Asia memberikan tawaran tempat duduk percuma (Free Seat) kepada mereka yang ingin melancong ke luar negara.

Air Asia berjaya memperoleh keuntungan tambahan sebanyak RM200 juta menerusi pemberian tempat duduk percuma ini.

Bagaimana Ia Boleh Berlaku?

Pihak Air Asia akan rugi jika mereka membiarkan tempat duduk itu kosong. Dengan tawaran tempat duduk percuma, mereka berjaya menarik orang ramai untuk memenuhi tempat duduk tersebut.

Dalam masa yang sama, penumpang akan membelanjakan wang ketika penerbangan. Seperti menggunakan perkhidmatan, membeli makanan dan produk-produk yang dijual dalam pesawat.

Air Asia akan memperoleh keuntungan tambahan, meskipun mereka menyediakan tempat duduk percuma.

Monday, 9 February 2015

Khasiat dan Kebaikan Kopi


Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman yang mempunyai banyak kebaikan selain madu dan susu. Cuba lihat Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.
Kajian mendapati lebih dari 400 million cawan kopi diambil setiap tahun, menjadikannya sebagai minuman yang paling popular di dunia. Di US sahaja misalnya, 107 juta orang (52% daripada jumlah penduduk) meminum kopi secara rutin harian. 57 juta yang lain meminum kopi beberapa kali setiap minggu. Mari kita lihat kebaikan kopi :-

●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬●

1-Kandungan kafein dalam kopi
Kopi selama ini dianggap sebagai minuman untuk menambah tenaga dan menyegarkan orang mengantuk. Benarkah kopi sehebat itu? Kandungan utama kopi ialah kafein, ianya berfungsi sebagai perangsang susunan saraf otak, sistem pernafasan serta sistem pembuluh darah dan jantung. Sebab itu tidak hairanlah setiap pengambilan kopi dalam jumlah wajar, tubuh kita akan menjadi segar, daya pemikiran lebih cepat dan tidak mudah mengantuk. Kandungan kafein dalam 200 gram kopi mencecah 135 mg, berbanding teh yang hanya sekitar 35 mg. Kafein sering kali juga dijadikan salah satu bahan pelengkap pada ubat sakit kepala. Ini kerana, kafein mempunyai kemampuan menyempitkan pembuluh darah ke otak (vasokonstriksi) sehingga pelebaran pembuluh darah di daerah otak yang merupakan penyebab kepada sakit kepala.
Selain itu, kafein juga dapat mengurangkan lemak. Secara fisiologi, tubuh orang yang mengalami kegemukan kurang mampu membakar lemak ketika bersenam berbanding orang bertubuh normal. Akibatnya, tubuh akan membakar karbohidrat sebagai sumber tenaga, sehingga kadar gula darah menurun. Ini adalah penyebab mengapa orang gemuk merasa lapar kembali selepas bersenam dan akhirnya cenderung makan lebih banyak. Kafein membantu memecah lemak menjadi sumber tenaga segera. Tetapi awas! Pastikan kandungan gula didalam kopi tidak terlalu banyak.

2-Kopi bergula meningkatkan prestasi otak
Kajian di Barcelona, Sepanyol menunjukkan bahawa secawan kopi yang bergula boleh meningkatkan prestasi otak. Saintis di Universiti Barcelona di sini mendapati pengambilan kafeina dan gula serentak dapat meningkatkan prestasi otak seperti daya ingatan. Hasil kajian itu diperoleh dari 40 sukarelawan yang diuji dengan pengambilan kopi bergula, kopi tanpa gula dan air masak. Kopi manis merupakan cara terbaik untuk otak bagi menghadapi cabaran pekerjaan. Menurut Jurnal Human Psychopharmacology, Clinical and Experimental telah menyiarkan hasil kajian saintis tersebut.

3-Kandungan Antioksida dalam kopi
Antioksida yang dimiliki kopi berfungsi seperti ‘tentera’ yang menjadi perisai tubuh daripada radikal bebas. Kita Mungkin sedia maklum bahawa antioksida sangat baik untuk kesihatan.
Salah satu hasil kajian yang dijalankan lima tahun lalu mendedahkan pengambilan kopi menawarkan manfaat kepada pesakit parkinson dan diabetes jenis II. Malah kajian oleh penyelidik di Sekolah Kesihatan Awam Harvard turut menyenaraikan fakta tentang kopi dapat melindungi seseorang daripada masalah penuaan..!! Faktor tersebut didorong oleh beberapa faktor terutamanya kandungan kafein di dalam kopi, selain fungsi antioksida yang tinggi dalam bijian ini.
Selain itu, hasil kajian kerjesama dari beberapa pusat penyelidikan seperti Universiti Scranton, Universiti Athens dan Universiti Keio, Tokyo merumuskan kopi berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan risiko kanser, sakit jantung dan strok.
Profesor kimia dari Texas, Dr. Joe Vinson pula menjelaskan,“Manusia terdedah kepada radikal bebas daripada oksigen yang kita sedut, gula dan sebagainya sehingga mengundang pelbagai penyakit kronik. “Secawan kopi setiap hari sudah cukup. Ia adalah satu jumlah yang sudah optimum untuk memberi manfaat kepada jantung,” katanya yang turut mengakui terdapat kajian yang menyatakan kopi baik untuk kesuburan lelaki, selain menggalakkan sp erma berenang lebih aktif. Namun, katanya, dalam beberapa penelitian, kopi tidak digalakkan diambil oleh kalangan wanita mengandung dalam kuantiti yang besar. “Hospital Christchurch, New Zealand, menyatakan wanita hamil yang mengambil kopi terlalu kerap melahirkan bayi yang sukar bernafas ketika dilahirkan. “Manakala, kajian dari Institut Karolinska, Sweden, menyatakan wanita yang mengambil 100 mg kafein sehari mudah berisiko mengalami keguguran,” kata Vinson.

12 Idea Jimat Cermat Jika Tak Cukup Duit Setiap Bulan



Kita semak penyata pendapatan, kita mendapati duit keluar lebih banyak dari duit yang masuk. Itu namanya situasi aliran tunai negatif.
Maka situasi yang sebegitu mesti diatasi segera.
Aliran tunai negatif ini ibarat paip bocor. Kalau tidak dibaiki, maka bocor itu makin besar.

Berikut adalah 12 idea jimat cermat tambahan yang dapat kita buat:

1. Guna pengangkutan awam
Kalau duduk di Kuala Lumpur khususnya, pergi ke tempat kerja naik LRT atau motor. Cepat dan murah. Naik kereta melibatkan kos lain seperti parking, minyak dan tol.

2. Bawa bekal makanan
Masak yang simple sahaja. Telur dan ayam goreng letak sambal atau kicap. Cukup.
Dapat isteri pula yang tolong buatkan, ada perasa kasih sayang yang makcik nasi lemak tak boleh bagi.

3. Berhenti merokok.
Kaedah paling berkesan. Kesihatan pun terjaga.
Kalau sehari RM 10 habis untuk rokok, berapa habis untuk sebulan? Berapa habis dalam setahun? Pernah kira ?

4. Berjimat jika makan di luar
Air sirap ais sekarang pun dah mahal. RM1.30 segelas bila letak ais. Baik minum sahaja air kosong. Terbaik, kombinasi cara #2 .

5. Rancang perbelanjaan di pasar raya
Menulis terlebih dahulu senarai barang yang hendak dibeli sebelum ke pasar raya dan bawa wang secukupnya sahaja.

6. Semak keperluan ASTRO.
Kadang-kadang di dalam sebulan, hanya 2-3 kali sahaja kita menonton Astro. Tapi masih perlu bayar penuh. Aduh!
Atau dari ratusan saluran yang kita langgan, saluran mana yang paling kita suka tonton. Sudah lah mahal, hujan tiada siaran. Unifi TV ?

7. Selamat tinggal surat khabar.
Tak perlu beli suratkhabar, baca sahaja di internet. Akhbar online pro kerajaan pun ada, akhbar online pro pembangkang pun ada. Percuma.

8. Elak ke pawagam
Tonton wayang? Tak payahlah. Beli tiket kemudian beli air dan pop corn lagi. Haish.
Cari sahaja di internet, percuma. Youtube pun dah banyak benda menarik. (Zed Zaidi jangan marah noo…)

9. Bundle pun ok
Beli baju di pasar malam untuk pakaian yang digunakan sekadar untuk pergi bermain bola, sekadar untuk pakai di rumah dan sebagainya. Tidak perlu berbelanja beratus ringgit semata-mata hendak orang kata “Wow, jersi Liverpool original la”.

10. Langganan kelab
Semak keahlian-keahlian kelab tertentu yang kita ada. Betul kah kita manfaatkannya?

11. Basuh sendiri kereta.
Tak perlu nak habiskan RM10 untuk benda yang kita sendiri boleh buat. Anak dah besar dapat bantu, boleh eratkan silaturrahim. Kalau duduk di Selangor kan ada air percuma. Hi hi hi.

12. Banding! Banding! Banding!
Buat perbandingan harga sebelum membeli produk yang bukan untuk kegunaan harian seperti perabot dan sebagainya. Semak harga di 2-3 kedai yang berlainan untuk tahu harga pasaran untuk produk tersebut.

Fenomena Telur Berdiri Sendiri ketika Gerhana Bulan Puncak
















Kenapa Telur Berdiri Sendiri ketika Fenomena Gerhana Bulan. Berlakunya fenomena Gerhana Bulan apabila bulan melintasi bayangan bumi menyebabkan Keadaan menjadi Gelap pada waktu puncak iaitu bulan sepenuhnya berada dalam bayang bumi. Ketika Gerhana Bulan, kedudukan bulan paling hampir dengan Bumi, Maka Tarikan Graviti Bulan menjadi sangat kuat berbanding hari hari lain.

Sebab Telur berdiri Ketika Gerhana Bulan
Pada waktu Kemuncak Gerhana Bulan inilah bulan berada sangat dekat dengan bumi hingga menyebabkan tarikan graviti bulan sangat kuat hingga mampu menarik Cairan Putih telur ke atas kerana ia kurang tumpat berbanding Kuning Telur. Maka Telur akan Berdiri Tegak dengan sendirinya.

Gerhana Bulan dan Penghidap Darah Tinggi
Ada sumber mengatakan penghidap darah tinggi perlu lebih berhati-hati ketika Gerhana Bulan kerana darah akan berkumpul atau naik di kepala kerana faktor tarikan graviti bulan ini.

Sponsored