Ads Banner

Wednesday, 28 January 2015

Santai Kereta Back To The Future dengan tayar pancit dikesan di Miri




Kereta mirip Delorean DMC-12 yang diubahsuai seperti kereta digunakan dalam filem Back To The Future ini ditemui di Miri.





KEBANYAKAN peminat filem Back To The Future lakonan Michael J Fox pastinya pernah mengagumi kereta DeLorean DMC-12 yang diubahsuai menjadi mesin merentas masa dalam filem itu.



Filem berkenaan diterbitkan oleh Steven Spielberg pada 1985 dan diarahkan oleh Robert Zemeckis.





Kereta Delorean yang digunakan dalam filem sekual Back To The Future III.



Selaku salah seorang peminat filem tersebut kami terpaku seketika apabila mendapati di laman Facebook hari ini, kereta yang mirip seakan-akan kereta digunakan dalam filem berkenaan kini dikesan berada di Miri, Sarawak.



Bagaimanapun, gambar kereta itu tidak disertakan dengan maklumat lanjut.



Individu yang memuatnaik gambar berkenaan juga, didapati turut meminta pengguna Facebook yang mempunyai maklumat tambahan terutama tentang pemilik kereta epik tersebut memaklumkan padanya.



Kereta itu kini ditempatkan di bawah sebuah kawasan parkir berbumbung di sebelah sebuah kereta BMW.



Tayar hadapan sebelah kirinya bagaimanapun didapati telah pancit dipercayai kerana kereta diparkir dalam tempoh lama.



Back To The Future mengisahkan tentang Marty McFly (Michael J Fox), seorang remaja yang secara tidak sengaja dihantar kembali ke zaman silam 1985-1955 di mana dia berpeluang bertemu ibu bapanya di sekolah tinggi. Di sini berlaku insiden yang boleh mengubah sejarah jadi Marty harus membetulkan keadaan semula.





http://mynewshub.cc/2015/01/27/keret...-depan-pancit/


Santai surat sheikh sobuni kpd tgna




upload gifs



Kpd Sahabatku yang mulia / Sheikh Nik Aziz Nik

mat, semoga Allah memelihara dan melindunginya.

Telah sampai kpd saya berita berkaitan kesakitan



Tuan, saya doakan semoga Allah menyembuhkan

Tuan, dan menganugerahkan kesabaran atas

ketentuan Allah, ini adalah ibtila' yang akan

menguji sesiapa yang dikasihinya di kalangan

hambaNya.



Saya juga bersyukur kpd Allah kerana telah

memberikan kekuatan kepada Tuan untuk

berkhidmat kpd agamanya, kitabnya dan kpd

ummat seluruhnya.



Saya bermohon kpd Allah yang

maha besar, Tuhan yang memiliki arasy yang besar

semoga Tuan disembuhkan, dan semoga

diteruskan kelebihannya kpd Tuan, semoga Allah

menutup usia kita bersama dengan Iman.

Saudaramu

Ali As Sobuni


Tuesday, 27 January 2015

Share/Info Senarai barangan yang dikenakan Cukai GST 2015


1/26/2015





Seperti yang pengguna Malaysia sedia maklum, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST 2015) dengan kadar enam peratus akan menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bermula bulan April 2015.



Sebelum ini ada barangan yang dikenakan cukai SST 10 peratus yang dimasukkan dalam harga jualannya. GST dengan kadar enam peratusakan menjadikan beberapa barangan pengguna ini dijangka lebih murah.



Antara barangan yang di jangka akan turun selepas pengenalan GST 2015 adalah:



Harga set televisyen

Peti sejuk

Pendingin hawa

Seterika

Pengering rambut

Lampin

Minuman ringan





Berikut pula antara barangan yang mungkin naik harga disebabkan ianya tidak dikenakan cukai sebelum ini:



Komputer

Komputer riba

iPad

Telefon bimbit

Jam tangan

Barangan kosmetik termasuk gincu dan pengilat kuku





Tidak akan ada GST untuk :



Ayam

Daging lembu

Daging kambing

Ikan

Itik

Ikan

Telur

Ikan bilis

Beras

Roti

Sayur-sayuran segar dan buah-buahan

Minyak kelapa

Minyak masak kacang tanah

Minyak kelapa

Susu bayi

Petrol RON95 dan diesel

Tol

Pengangkutan awam





Barangan makanan bukan keperluan walau bagaimanapun dikenakan GST seperti:



Sos tomato

Sos cili

Sos tiram

Mi cawan

Tempe

Keju

Marjerin

Telur puyuh

Minyak jagung

Minyak zaitun

Biskut

Donat

Croissant coklat





Jabatan Kastam telah mengeluarkan sebuah buku dengan menyenaraikan barangan yang dikenakan cukai dan tidak dikenakan cukai dari laman web di SINI :

http://gst.customs.gov.my/en/cp/Site...%202015%29.pdf











Sumber:

http://rossacalla.blogspot.com/2015/...-gst-2015.html





Others Update: Kos pengurusan jenazah, hidup susah..mati pun susah..- Penjelasan S/U Masjid






tak tahu btol ke tak...aku tak tahu pon ada kos2 camni masa pengurusan jenazah...#:-S



astrok angkat sepanduk...



Pejelasan S/U Masjid Sungai Bakap



Nibong Tebal: Isu kos pengebumian jenazah seorang lelaki meninggal dunia di Sungai Bakap, petang semalam yang mencecah RM4,735 dan menarik perhatian masyarakat seluruh negara selepas resit pembayaran dikeluarkan masjid jadi viral di media sosial dianggap sebagai salah faham.



Setiausaha masjid berkenaan, Ishak Abu Hassan berkata, ia sebenarnya bayaran untuk dua perkara iaitu menguruskan pengebumian jenazah dan upah bagi pelajar pondok berhampiran untuk membaca al-Quran.



“Sebenarnya kos menguruskan jenzah hanya sekitar RM1,200 namun atas permintaan keluarga, kos itu meningkat.



“Selepas berbincang dengan semua pihak termasuk keluarga arwah isu ini dianggap selesai,” katanya.



Ishak berkata, dia dimaklumkan mengenai resit berkenaan yang viral di media sosial sejak semalam namun tidak mengendahkannya kerana sudah dibawa ke pengetahuan keluarga arwah.



“Selepas solat Isyak semalam saya sudah maklum mengenai perkara ini,” katanya.



Santai Aksi comel kesayangan rakyat








Monday, 26 January 2015

Santai Iran: Sebelum & Selepas






Share/Info Askar Israel Beri Minum & Tembak Wanita Tua





Semasa pengeboman Israel dan serangan di Semenanjung Gaza pada musim panas lalu, seorang askar Israel mendekati seorang wanita Palestin berusia 74 tahun Ghalya Abu-Rida memberikannya seteguk air. Dia memberikannya air, mengambil gambar dengan dia dan kemudian dia menembak dia di kepala dari jarak satu meter. Mereka kemudian menyaksikan saat kematian orang tua itu, Pusat Maklumat Palestin melaporkan.

Ini adalah bagaimana Ahmad Qdeh, seorang wartawan TV Al-Aqsa, menyifatkan di tempat kejadian bahawa dia menyaksikan semasa pencerobohan Israel yang terbaru. Jurucakap tentera Israel, Avichay Adraee, berkongsi gambar seorang askar Israel memegang botol air minuman dan membantu perempuan tua sebagai contoh "kemanusiaan" tentera Israel terhadap penduduk awam di Semenanjung Gaza.






Others Kos pengurusan jenazah, hidup susah..mati pun susah..






tak tahu btol ke tak...aku tak tahu pon ada kos2 camni masa pengurusan jenazah...#:-S



astrok angkat sepanduk...


Debate Myr 4=euro 1






Apa makna ini kepada ekonomi Malaysia?


Friday, 23 January 2015

Santai I am muslim and i am not a terrorist..








In the HISTORY of the world, who has KILLED maximum INNOCENT

human beings?



1) "Hitler"

Do you know who he was?



He was a Christian, but media will never call Christians terrorists.



2) "Joseph Stalin called as Uncle Joe".



He has killed 20 million human beings including 14.5 million were starved to death.



Was he a Muslim?



3) "Mao Tse Tsung (China)"



He has killed 14 to 20 million human beings.



Was he a Muslim?



4) "Benito Mussolini (Italy)"



He has killed 400 thousand human beings.



Was he a Muslim?



5) "Ashoka" In Kalinga Battle



He has killed 100 thousand human beings.



Was he a Muslim?



6) Embargo put by George Bush in Iraq,



1/2 million children

has been killed in Iraq alone!!! Imagine these people are never called terrorists by the media.



Why?



Today the majority of the non-Muslims are afraid by hearing the words "JIHAD".



Jihad is an Arabic word which comes from root Arabic word "JAHADA" which means "TO STRIVE" or "TO STRUGGLE" against evil and for justice. It does not

mean killing innocents.



The difference is we stand against evil, not with evil".



You still think that ISLAM is the problem?



1. The First World War, 17 million dead

(caused by non-Muslim).



2. The Second World War, 50-55 million dead (caused by non-Muslim).



3. Nagasaki atomic bombs 200000 dead

(caused by non-Muslim).



4. The War in Vietnam, over 5 million dead (caused by non-Muslim).



5. The War in Bosnia/Kosovo, over 5,00,000 dead (caused by non-Muslim).



6. The War in Iraq (so far) 12,000,000 deaths

(caused by non-Muslim).



7. Afghanistan, Iraq, Palestine, Burma etc. (caused by non-Muslim).



8. In Cambodia 1975-1979, almost 3 million deaths (caused by non-Muslim).



"MUSLIMS ARE NOT TERRORISTS

AND

TERRORISTS ARE NOT MUSLIMS."




Please remove first double standards on Killings.


Wednesday, 21 January 2015

Saturday, 17 January 2015

Santai cikgu yasmin terpilih antara 50 terbaik didunia. bakal dpt usd1 juta




windows 7 print screen





CERITA TENTANG GURU YG DICALONKAN UTK ANUGERAH VARKEY GEMS AWARDS





Bg Yasmin, *guru bukanlah satu kerjaya tapi adalah 'seruan'.





Dia merupakan salah seorang guru drpd 50org di dunia yg *dicalonkan utk anugerah tersebut.





Ayahnya yg memberi cadangan utk menjadi guru selepas tamat pengajian di USM dalam bidang Sains Gunaan.





Pengalaman sbgi guru praktikal baginya sgt seronok, namun kepuasan sebenar bermula apabila ditempatkan *kali pertama di La Salle, Petaling Jaya.





Bagi dirinya, guru yg bagus bukan hanya setakat menguasai subjek yg diajar dan mahir dlm menyampaikan subjek tebus sec efektif kpd pljr, tp jgn mesti sentiasa 'ada' *utk pljrnya bila diperlukan.





Yasmin bpendapat bahawa mengajar bukan hanya satu pekerjaan, tp ia perlu dianggap sebagai satu seruan dan keinginan. guru perlu perasaan cinta terhadap tugas mereka.





dia juga berpendapat bahawa guru perlu ada perasaan sayang yang ikhlas dan sejati terhadap pelajar mereka dan tidak menganggap pelajar sebagai pelanggan.





Yasmin berkata dia membenarkan pelajar menghubunginya bila-bila masa sahaja apabila perlu berkenaan pelajaran dan ia lebih kerap apabila menghampiri musim peperiksaan.





dia mendapati bahawa ia adalah sesuatu yang menyeronokkan apabila mendapati pelajarnya seronok belajar.





dia tidak kisah jika pelajarnya berbuat bising ketika menjalankan eksperimen kerana dia tahu pelajarnya tertarik dan berasa seronok dengan apa yang mereka sedang lakukan.





dia dicalonkan untuk anugerah VARKEY GEM PRIZE oleh salah seorang bekas pelajarnya yang kini sedang menyambung pelajaran di peringkat A Level. pelajar tersebut berkata bahawa Yasmin sentiasa memberi kata-kata semangat kepadanya terutama sewaktu menjalankan eksperimen kimia yang mencabar.





suami Yasmin amat berbangga dengan pencalonannya untuk anugerah tersebut. malahan, pengetua sekolah Yasmin turut berbangga dan menumpang gembira dengan pencalonannya.





jika Yasmin memenangi anugerah ini, wang kemenangan sebanyak RM3.59mil akan diperoleh secara berperingkat sebanyak RM359 000 setahun selama 10 tahun.





pemenang anugerah ini akan diumumkan di dubai pada 16 Mac.


Thursday, 15 January 2015

Santai tukar gaya hidup, jalan kaki ke office?






assalamualaikum warga CG,



pernah tak korang tukar gaya hidup korang? maksud aku dari segi tempat tinggal dengan kenderaan.



rata2 kita mmg tak larat nak dok dekat dengan office, confirm sewa mahal. kalau kerja area KL, nak sewa apartment yang jarak 'walking distance' dengan office, mau dekat rm2k paling murah, 400-500sf serviced apartment. mahal giler. sanggup dok jauh 25km-30km (kekadang lebih) utk kurangkan sewa rumah. tapi duit lebih tu p labur kat kereta.









bila tengok rancangan TV friends, perasan tak diorg semua dok dekat dengan city centre.. kebanyakkan scene kehidupan diorg tak melibatkan kereta pun. mostly jalan kaki je kemana2. diorg byk habis duit kat insurance dan sewa rumah. balik kampung naik teksi je.



aku pun mengalami perkara yg sama. cuma aku tertanya2, mcmana gaya hidup mcmni ada kat malaysia eh? bila fikir balik, ulang alik rumah-office jauh2 mmg buang masa, tenaga dan berisiko. ada yang ulang alik office naik moto je..



bila ditanya, mesti ramai ckp, "buat apa sewa kat KL? dah la mahal, kecik pulak tu apartmentnya".



aku tak faham kenapa kita (aku pun mengalami benda ni) bila bab rumah/apartment sentiasa cari yang besar. perasan tak mostly benda yg ada dalam rumah tu useless, ada yg buat habuk je. kalau dibuang semua, sebenarnya yg kita betul2 perlukan tak byk. aku ingat lagi nasihat azizi ali dalam bukunya, dia ada mention pasal rumahnya yang kosong.







rumah itu pelaburan. beli sekarang utk masa tua. beli sekarang, kawasan jauh dengan office, beli saiz besar2 2-3 tingkat.. semua utk hari tua. bila dah tua, nak naik ke master bedroom dah tak larat. last2 dapat kat anak, kita dok kat bilik org gaji.



kalau clearkan loan kereta, dan duit minyak maybe dapat dalam rm800-900, sewa jauh dari KL maybe rm700-1000. total rm1500-rm1900 tamah sikit dah dapat serviced apartment fully furnished area KL, bukit ceylon lagi. jalan kaki ke office sihat, makan pun boleh balik rumah je terus, makan leftover semalam hehehe





apa pendapat korang?


Tuesday, 13 January 2015

Santai nama paling panjang sampai tak muat nak tulis

Santai ni nak saman ke tak ni .cuba perati betol betol




Cara Betul Pasang Stiker

Santai Gambarajah gay kahwin dapat 4 anak dalam buku latihan sekolah








Sekali pandang, mungkin ramai yang tidak perasan ‘keanehan’ pada gambar rajah yang dikatakan dalam sebuah buku latihan murid yang kini viral di laman sosial ini.



Rupa-rupanya, berlaku kesilapan pada salasilah keluarga ini apabila lelaki digambarkan mengahwini kaum sejenisnya!



Senang cerita, lelaki kahwin dengan lelaki. Siap boleh dapat empat anak pulak tu…



Hai, boleh pulak lelaki beranak ya…



Apapun, jika benar gambar ini asli, mungkin ia terjadi akibat kesilapan pihak editorial yang terlepas pandang akan perkara ini.



Apapun, berhati-hatilah selepas ini sebab nanti tak pasal-pasal pihak penerbit dikata sengaja hendak menyebarkan pengaruh homoseksual kepada murid sekolah… – MYNEWSHUB.CC


Monday, 12 January 2015

Santai Gambar kanak-kanak berbaju sekolah hisap puting jadi viral






GAMBAR seorang kanak-kanak memakai baju sekolah sambil menghisap puting susu di sebuah sekolah menjadi viral di laman sosial Facebook hari ini.



Tinjauan Sinar Online di laman sosial berkenaan mendapati ramai pengguna berkongsi gambar kanak-kanak tersebut dan memuji kecomelannya.



Antara komen-komen yang ditulis pengguna media sosial, "ala tomelnya dia. Dia pun dah tak sabar nak masuk sekolah ye? Hehehe".



"Memang comei pun!!! Grrrr culik puting susu tu karang... Haa.. Dah balik dari sekolah kan? Selamat kembali alam persekolahan!! Hikhik"





http://www.sinarharian.com.my/semasa...viral-1.349944


Santai BR1M boleh jolok dah




Sunday, 11 January 2015

Share/Info MYHERO bantu tingkat keselamatan






MYHERO, platform rangkaian sosial berasaskan komuniti yang pertama di Malaysia dilancarkan secara rasminya bagi memanfaatkan kuasa kejiranan dalam kalangan individu dan kumpulan masyarakat untuk meningkatkan tahap keselamatan mereka.



Pengasas bersama MYHERO, Chan Wei Chi berkata, aplikasi itu berperanan menghubungkan komuniti berdasarkan kepada kawasan dengan kumpulan-kumpulan kejiranan, tempat kerja, rumah-rumah kebajikan, pihak keselamatan dan agensi-agensi kerajaan.



Menurutnya, ia dibangunkan oleh syarikat media digital berpengaruh tempatan iaitu Dino Media.



“MYHERO bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai aspek keselamatan. Aplikasi ini memiliki ciri-ciri yang boleh membantu pengguna melapor dan berkongsi insiden-insiden seperti jenayah, keadaan trafik, bencana alam atau kemalangan, untuk memberi amaran kepada pengguna lain di kawasan terbabit.



“Aplikasi itu kini boleh dimuat turun daripada di Google Play Store. MYHERO berhasrat merapatkan jurang keselamatan yang kian menjadi kebimbangan utama dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya.



MYHERO mesra pengguna



MYHERO direka supaya mesra pengguna serta sesuai digunakan oleh pengguna bagi semua peringkat umur dan latar belakang.



“Secara umumnya, aplikasi ini berfungsi sebagai pemberitahu digital yang memastikan pengguna sentiasa peka dengan sebarang insiden yang berlaku di sekeliling mereka. Ini termasuklah kemalangan, jenayah dan bencana alam yang dikongsi oleh pengguna lain di kawasan terlibat,” katanya.



Menurutnya, ciri yang ada dalam aplikasi ini membolehkan pengguna membuat panggilan kecemasan untuk meminta pertolongan jika mereka berdepan dengan masalah di kawasan terbabit.



“Inspirasi untuk membangunkan aplikasi ini timbul selepas kami kehilangan seorang kawan dalam satu kemalangan. Insiden itu membuatkan kami terfikir bagaimana untuk menjadikan Malaysia lebih selamat menerusi penggunaan peranti pintar.



“Kita membawa sekurang-kurangnya satu peranti pintar sepanjang masa. Kami dapati tingkah laku ini boleh dimanfaatkan untuk membantu pengguna mendapatkan pertolongan orang ramai apabila berdepan situasi berbahaya,” katanya.



Keselamatan menjadi keutamaan



Keselamatan menjadi keutamaan dan kebimbangan seluruh rakyat Malaysia. Oleh itu, kata Wei Chi, aplikasi ini sememangnya berguna kerana semua pihak boleh menggunakannya sebagai satu platform untuk melindungi orang lain menerusi kemaskini status di kalangan pengguna ke dalam satu rangkaian sosial pada masa sebenar.



“Aplikasi ini bersifat pencegahan. Ia boleh menjadi satu amaran yang dilaporkan oleh mana-mana pihak sama ada seorang murid sekolah rendah ataupun pesara yang mungkin boleh menyelamatkan nyawa orang lain,” katanya.



Menurutnya, MYHERO dibina dan direka dengan memberi keutamaan terhadap keselamatan dan aplikasi MYHERO hadir bersama pelbagai ciri yang membantu pengguna memantau, melapor dan membuat panggilan kecemasan kepada kawan-kawan, ahli keluarga serta sesiapa sahaja yang berada di kawasan terdekat.



Ciri-ciri MYHERO



Menurut Wei Chi, ciri-ciri MYHERO termasuklah Kumpulan Komuniti, Sos Geolokasi, Laporan Geolokasi, Laporan Berita Geolokasi dan Pemantauan.



“Melalui Kumpulan Komuniti membolehkan pengguna menubuhkan satu kumpulan tersendiri dan menambah pengguna lain di satu-satu kawasan bagi menggalakkan perkongsian maklumat berkaitan aspek keselamatan. Pengguna juga boleh melaporkan apa yang berlaku kepada kumpulan di kawasan sekelilingnya.



“Sos Geolokasi membolehkan pengguna menghantar isyarat kecemasan menerusi teknologi berasaskan geo lokasi kepada rakan-rakan dan ahli keluarga yang terpilih dengan menggunakan SMS dan notifikasi apabila mereka berada dalam situasi kecemasan,” katanya.



Beliau berkata, Laporan Geolokasi pula membolehkan pengguna menggunakan ciri ini untuk melaporkan sebarang bentuk jenayah, kemalangan atau insiden yang berlaku bagi member amaran kepada pengguna lain di kawasan mereka. Laporan ini boleh dilihat pada notifikasi mereka.



Tambahnya, Laporan Berita Geolokasi pula membolehkan pengguna mengetahui insiden terkini yang dilaporkan pengguna di kawasan terbabit. Mereka juga akan sentiasa diberitahu mengenai apa yang berlaku dan kawasan yang perlu dielakkan.



“Pemantauan membolehkan para pengguna melihat apa sahaja laporan dalam peta kawasan sekeliling dan mengetahui lokasi tepat insiden itu berlaku. Ciri ini juga membolehkan pengguna untuk melihat rakan-rakan mereka di peta tersebut," katanya.



MYHERO dilancarkan secara beta



Wei Chi berkata, aplikasi MYHERO dilancarkan secara beta kepada orang ramai di Google Play Store pada Julai lalu. Sejak itu, ia digunakan sebagai platform bagi pengguna untuk berkongsi maklumat terkini berkaitan keselamatan di kejiranan masing-masing.



"Salah satu pencapaian terbaik aplikasi ini ialah apabila kereta seorang pengguna yang dicuri berjaya ditemui semula,” katanya.



Beliau berkata, mangsa meminta bantuan untuk mencari keretanya, kemudian para pengguna lain di kejiranan tersebut tampil membantu dengan berkongsi maklumat berkaitan kereta yang hilang itu sehingga ia dijumpai.



“Menyedari hala tuju aplikasi ini, pasukan MYHERO mula bekerjasama dengan jawatankuasa-jawatankuasa kejiranan untuk membina komuniti pintar yang boleh memanfaatkan aplikasi tersebut,” katanya.



Menurutnya, aplikasi MYHERO kini boleh didapati secara beta di Google Play Store kini, Apple App Store pada masa akan datang dan juga versi laman web yang akan dilancarkan tidak lama lagi.





Bagus juga app ni, servis khidmat masyrakat:)


Kereta bukan melambangkan kekayaan


setuju atau tak


Saturday, 10 January 2015

Santai 3 gambar Sindrom ketagihan Kpoop di Malaysia








Santai Kalendar Bomba 2015 papar gambar abam sado buat gadis gigit bibir






TERSEMBUL biji mata jadinya melihat aksi-aksi abang Bomba dan Penyelamat Malaysia yang dipaparkan menerusi kalendar rasmi 2015 mereka.



Mana tidaknya, gambar ahli bomba berbadan sado menjadi model kalendar dilatari jentera atau kenderaan memadamkan kebakaran ini membuatkan para gadis ketip bibir jadinya.



Bagaimanapun, beberapa wajah ahli bomba wanita turut sama menghiasi kalendar rasmi tersebut.



Bagus jugak strategi yang dilakukan pihak Bomba dan Penyelamat ini hingga ramai yang meluahkan keterujaan untuk memiliki kalender 2015 tersebut.



Malangnya, bukan mudah untuk memiliki kalendar tersebut kerana ianya tidak diedarkan kepada orang ramai.



Tetapi, bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan kalendar tersebut bolehlah menyertai kuiz yang disediakan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat menerusi laman sosial Facebook mereka.



Pengumuman kuiz ini juga telah menerima ribuan ‘likes’ dan ratusan mesej tidak sampai 24 jam gara-gara ramai yang teringin menatap badan sado abang-abang bomba. - MYNEWSHUB.CC















Sponsored