Ads Banner

Sunday, 19 April 2015

Fakta Menarik Berkenaan Online Game


Saya ada membaca report yang dihasilkan oleh spilgames sebanyak 17 mukasurat. Hasil dari kajian yang dijalankan oleh mereka, sekarang ini ada lebih kurang 1.2 billion orang bermain game di seluruh dunia dimana 700 juta merupakan mereka yang bermain secara online.

Kalau anda berminat untuk membaca report tersebut, tajuknya report tersebut ialah "2013 State of Online Gaming Report".



Data-data yang mereka kumpul adalah dari beberapa sumber antaranya ialah comScore dan eMarketer.

Antara fakta yang menarik ialah 17 peratus dari penduduk dunia bermain games.

Sejumlah 44 peratus dari populasi online adalah mereka yang bermain game.

Anda jangan ingat hanya lelaki sahaja yang bermain game, 46 peratus pemain game adalah wanita.



Hasil kajian mereka juga menyedari "peningkatan ketara golongan wanita dan ibu didalam sektor online game".

Di Turki, 73 peratus daripada wanita turkish yang berumur sekitar 35-44 tahun bermain game online.

Fakta Berkaitan Jenis Kategori Game.

Kalau kita lihat top kategori game mengikut kumpulan maka, Kumpulan wanita lebih menyukai game dalam kategori Puzzle, Quiz dan word games.

Manakala kumpulan kanak-kanak perempuan, mereka lebih menyukai kategori game seperti Cooking, dress-up dan pet caring games.

Kanak-kanak lelaki dan dewasa biasanya lebih menyukai kategori game seperti Racing, sports dan juga action games.

Fakta: Peratusan tempat bermain game

Ini pula peratusan mereka yang bermain game melalui mobile mengikut tempat.

Sofa di ruang tamu - 69%
Didalam Kenderaan - 63%
Diatas Katil - 57%
Didepan TV - 41%
Didalam Tandas - 34%

Hampir kebanyakan orang menghabiskan masa lebih banyak dengan bermain online game berbanding menonton video di YouTube atau membaca news artikel.

Sebenarnya data-data ini sangat penting buat Advertiser dan anda sebagai publisher untuk hasilkan pendapaatan online melalui online game.

Ini satu lagi data penting yang wajib anda ketahui iaitu melalui permerhatian terhadap 180 juta mereka yang aktif bermain game ini, secara purata mereka menghabiskan masa lebih kurang 30 - 40 minit (average session) bermain game dan ini merupakan jumlah dua kali ganda lebih berbanding mereka yang menonton video di youtube.

Tanggapan terhadap "gamer" ini sudah berubah sebenarnya kerana kalau dulu hanya mereka yang ada game arked atau game console sahaja yang bermain game tetapi sekarang dengan adanya smartphone, hampir semua orang bermain game.

Dianggarakan pada tahun 2015, USA mobile game audience akan mencapai jumlah 162.4 juta (lebih dari separuh penduduk US).

Tidakkah satu kerugian buat anda setelah anda mengetahui fakta ini dan langsung tidak mengambil peluang untuk hasilkan pendapatan dari online game ini?

Ini adalah sebab utama saya develop SGO v2.0 untuk membantu anda membina portal online game dengan mudah.

No comments:

Post a Comment

Sponsored