Ads Banner

Thursday 11 December 2014

Santai Bagi nota dedah kecurangan kekasih main mesej dengan lelaki lain










Gara-gara bengang melihat perilaku seorang wanita di sebuah perlawanan bola sepak, seorang peminat bola sepak bertindak menghantar nota kepada teman lelaki wanita tersebut.



Insiden ini berpunca apabila lelaki tersebut melihat wanita tersebut saling membalas mesej romantis dengan lelaki lain dalam telefon bimbit sedangkan teman lelakinya sedang berkepit di sebelahnya.



Peliknya lelaki yang dikenali sebagai Lye ini dengan selamba memecahkan tembelang teman wanita lelaki tersebut ketika menyaksikan kejadian tersebut dalam sebuah stadium di Amerika.



Lebih mengejutkan, peminat bola sepak, Lye menulis di laman sosial, Facebooknya memberitahu teman wanita lelaki tersebut sebenarnya sedang sarat mengandung sambil bermain ayat cinta dengan lelaki lain bernama Jason.



Bagi Lye dia merasakan bengang dengan manusia yang suka menipu dan memperkotak-katikan perasaan insan lain hingga sanggup menulis nota dan menyuruh lelaki tersebut memeriksa telefon bimbit teman wanitanya.



Kisah nota Lye kepada lelaki tersebut terus menjadi viral di media sosial hingga menjadi menjadi perbualan hangat netizen.



Bagaimanapun, ada yang memuji sikap keterbukaan Lye dan tidak kurang juga ada yang tidak menyenangi sifat tersebut kerana ianya seolah mencampuri masalah hubungan cinta orang lain. - MYNEWSHUB.CC


No comments:

Post a Comment

Sponsored