Ads Banner

Wednesday, 31 December 2014

Koleksi grafik mega pack percuma!!!


[IMG][/IMG]



> KOLEKSI GRAFIK MEGA PACK <


.

.

.

Ada seseorang berikan saya link untuk download Koleksi Grafik Mega Pack (bernilai RM297) secara PERCUMA.

.

.

Saya juga ingin berkongsi dengan anda secara PERCUMA.

.

.

Fail format psd disertakan bersama supaya mudah diubahsuai.

.

.

Jika anda berminat untuk dapatkannya,



boleh terus ke link ini : Grafik Gempak


Share/Info [ 2015 ] Kadar Kelayakan Baharu Pinjaman Perumahan Terkini




Tuesday, 30 December 2014

Santai hyper-realistic - Suatu Lukisan














Pada kita,

2 gambar diatas adalah sekadar gambar biasa kita lihat..

Melalui kamera atau mana mana devices yg boleh merakam..

Cuba lihat gambar seterusnya...































































Seniman Sepanyol yang terkenal dengan lukisan hyper-realistic, Eloy Morales mmapu menghasilkan lukisan wajah seseorang yang kelihatan sangat mirip seperti merakamkan gambar menggunakan kamera.



Beliau mewarisi bakat ini daripada datuknya sendiri. Sejak dari kecil, beliau sanggup menemani datuknya berjam-jam lamanya untuk melihat apa yang datuknya hasilkan.











** Kalau dah ada.. Sorry..


Monday, 29 December 2014

Santai SkateBoard Beralaskan ........ -














Skateboards With Prayer Rugs By Mounir Fatmi




Moroccan artist Mounir Fatmi has deconstructed dozens of prayer rugs used by muslims during the various positions of islamic prayer for his exhibition with ADN Gallery during UNTITLED artfair at Art Basel Miami. The artist applied the prayer rugs to skateboards. The addition of the richly colored fabrics to the skateboards results in a new meaning for both objects, dealing with “the desecration of religious objects and, in turn, the end of dogmas and ideologies.”























:-?:-?:-?:-?:-?



























Tuesday, 23 December 2014

Santai Wanita kongsi kisah hampir dirogol di KTM Batang Benar






Menerusi laman Facebook, seorang pegawai eksekutif akaun, Siti Balqis Elias telah berkongsi pengalaman yang cukup menakutkan apabila menjadi mangsa rompakan di kawasan letak kereta KTM Batang Benar, Nilai pada 18 Disember lalu.



Bukan itu sahaja, malah dia juga dipukul dan hampir dirogol dalam keretanya sendiri oleh penjenayah tersebut.



Berikut antara petikan statusnya:





“Assalamualaikum dan hi semua. Ketika saya menaip kisah ini, tangan masih menggigil, fikiran masih terbayang-bayang apa yang terjadi malam itu. Saya ingin berkongsi pengalaman tragik, kisah balik kerja yang selalunya gembira bertukar menjadi pengalaman ngeri yang pasti tidak dapat dilupakan sampai bila-bila.



“Pada malam Jumaat 18/12/2014 sekitar jam 9.45pm, saya telah dirompak, dicederakan, dan hampir dirogol di dalam kereta sendiri di kawasan parking stesen KTM Batang Benar, Nilai. Ye ini kisah benar, di laluan seharian saya pergi balik kerja, siapa sangka ada mata yang memerhati. Siapa yang biasa naik komuter di stesen KTM Batang Benar akan tahu betapa sunyinya kawasan tersebut especially pada waktu malam, dan kalau dapat parking dekat belakang memang akan tahu betapa jauhnya kawasan parking tu macam dekat hujung dunia. Even setiap pagi datang seawal pukul 7 lebih macam tu, parking bahagian depan memang dah sentiasa penuh jadinya setiap hari memang akan dapat parking yang nun jauh ke belakang. Kalau balik malam, memang tawakkal lah masa jalan nak pergi parking.



“Malam tu, balik kerja macam biasa. Sampai stesen, jalan macam biasa jugak sambil bawak beg laptop dan handbag pergi parking. Tak sangka rupanya ada yang dah aim. Dipendekkan cerita, saya masuk je kereta, start enjin, tiba-tiba sebuah kereta kancil putih WGR7586 park dekat sebelah. Keluar seorang lelaki india, berhelmet, pakai glove pecahkan cermin kereta bahagian driver dengan hammer. Kejadian berlaku sangat pantas, saya melawan tetapi dia berjaya merampas beg laptop saya dan juga handbag yang mengandungi beg duit dan dokumen pengenalan diri. Saya membunyikan hon tetapi ditumbuk kerana melawan. Bila barang dah kena amek, i thought it was over but i was wrong saya baru sedar yang kunci kereta saya ada dengan dia.



“Saya merayu agar dipulangkan kunci kereta tapi dia ugut suruh saya duduk ke seat sebelah kalau saya nak selamat, saya refused tetapi saya ditumbuk lagi dan dia masuk dalam kereta dan menarik tudung saya dengan kasar. Allahu allah. Di seat yang sama dia drive kereta saya ke hujung kawasan parking dengan niat ingin merogol. Saya menjerit masih cuba untuk melawan tetapi saya dicekik, ditumbuk, dan ditekup hidung agar susah untuk bernafas. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa masa tu, saya sangat takut kerana saya sudah tiada kekuatan lagi untuk melawan. Ya Allah tolonglah hambamu ini, saya berdoa dan bertawakal. In within few seconds, tiba-tiba orang jahat tu melarikan diri. Alhamdulillah, Allah selamatkan diri saya dari dirogol dengan menghadirkan train yang kebetulan sampai di stesen pada waktu itu. Alhamdulillah syukur diri ini selamat.”





Menurutnya lagi, dia segera menghubungi ayahnya dan mereka segera membuat laporan polis di Balai Polis Nilai.



Bagaimanapun, dia agak terkilan kerana kamera pengawasan pihak KTM tidak dapat menyiarkan semula rakaman kejadian.





“Yes the CCTVs are functioning tapi “live” macam tu jela tak boleh nak search history. So semua CCTV yang ada tu are for display only ke? Apa guna ada CCTV kalau macam kan. Saya menaiki komuter dari Batang Benar ke KL Sentral hampir setiap hari dan ramai juga yang menggunakan kemudahan servis komuter ini. Jadi saya sangat berharap agar ada tindakan yang diambil dan kejadian seumpama ini dapat dielakkan. Ye, petugas kaunter cakap akan buat report, tetapi jangan sekadar report je please take some action tolong jangan lepas tangan,” tulisnya lagi.







Dia turut meminta agar pihak pengurusan KTM Batang Benar mempertingkatkan aspek keselamatan terutama di kawasan sunyi bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berlaku.



Bersyukur kerana terselamat, Siti Balqis mengingatkan para wanita agar sentiasa berhati-hati ketika berada di luar.



Benar kata orang, apabila sudah terlalu biasa melakukan rutin yang sama, kita mudah terleka dan menganggap tiada perkara buruk yang akan menimpa.



Semoga apa yang berlaku pada wanita ini dijadikan iktibar oleh semua…





- See more at: http://mynewshub.cc/2014/12/23/wanit....G4gqUmwv.dpuf


Monday, 22 December 2014

Share/Info Isu Brotherhood baiki jalan KL - kenyataan Ku Nan, Datuk Bandar




Encik Azlan Sani Nawawi (Lando) bersama-sama kumpulan Brotherhood bertindak menampal sendiri lubang pada jalan kerana sudah bosan setelah tiada tindakan pembaikan jalan dilakukan oleh DBKL.

(Kredit gambar: Lando)



Salam sejahtera,



Jalan rosak dan berlubang sememangnya satu masalah yang amat menyakitkan hati setiap pengguna jalan raya. Apa tidaknya, jalan yang berlubang sering menyebabkan rim bengkok, tayar pecah dan sistem suspensi rosak. Dalam kes yang lebih ekstrim, jalan yang berlubang di sana-sini boleh mengakibatkan kemalangan maut, khususnya di kalangan penunggang motosikal. Ironinya, kerosakan jalan raya banyak berlaku di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur - suatu hakikat yang sangat memalukan lagi mengaibkan - memandangkan status Kuala Lumpur sebagai bandar raya global. Lebih menyakitkan hati, badan yang sepatutnya diamanahkan untuk menyelenggara jalan-jalan raya di Kuala Lumpur iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) gagal menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan, dibuktikan melalui sebegitu banyak jalan yang berlubang serta tiada tindakan mahupun maklum balas mengenai aduan yang dikemukakan. Bosan akan sikap tidak bertanggungjawab DBKL, sebuah kelab motosikal berkuasa tinggi iaitu Ikatan Silaturrahim Brotherhood (lebih dikenali sebagai Brotherhood) bertindak menampal sendiri jalan-jalan yang berlubang di ibu kota. Namun, niat murni mereka yang berbuat secara sukarela itu diselar pula oleh DBKL dan Menteri Wilayah Persekutuan. Inilah yang dikatakan sebagai "susu dibalas tuba" - apa kejadahnya semua ini...?



Sebagai penulis bagi Blog Jalan Raya Malaysia yang menjadi antara sumber rujukan utama mengenai jalan raya Malaysia, saya sudah tentunya berasa amat marah dan amat kesal akan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (aka Ku Nan), serta Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib. Dalam satu kenyataan, Ku Nan menuduh kononnya Brotherhood sengaja "mencari glamour" sambil menimbulkan persepsi bahawa DBKL "tidak membuat kerja" atau makan gaji buta. Datuk Seri Tengku Adnan, jika benar DBKL buat kerja, kenapa pula Datuk Seri mahu melenting dan cepat sentap...? Adakah disebabkan dakwaan oleh Brotherhood itu memang benar...?



Sementara itu pula, Datuk Seri Ahmad Phesal pula mendakwa kononnya tindakan Brotherhood menampal lubang tersebut sebagai "mencabar undang-undang" serta merupakan satu "kesalahan" di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974. Habis tu, kecuaian dan kegagalan DBKL dalam menunaikan tanggungjawab menyelenggara jalan raya sehingga ada kalanya mengakibatkan kemalangan yang meragut nyawa itu pula bukan satu kesalahan, begitukah...? Apakah DBKL mahu menjadikan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 sebagai "lesen besar" bagi menghalalkan tindakan mereka mengabaikan laporan kerosakan jalan raya...? Selain itu, Datuk Seri Ahmad Phesal juga mendakwa kononnya kerja-kerja tampalan yang dilakukan oleh Brotherhood "tidak mengikuti spesifikasi dan piawaian". Jika benar mereka tidak mengikut piawaian, maka sudah tentulah DBKL sendiri pun sama juga gagal mengikuti spesifikasi dan piawaian, kerana Brotherhood sebenarnya memang menggunakan khidmat serta tunjuk ajar oleh kontraktor jalan raya yang memang dilantik oleh DBKL sendiri...!!! Kepada Datuk Seri Ahmad Phesal, adakah DBKL benar-benar mengikuti piawaian yang ditetapkan dalam Arahan Teknik (Jalan) 5/85: Manual On Pavement Design...? Jika benar DBKL mendakwa mereka mematuhi piawaian, kenapa jalan raya KL asyik berlubang berulang kali di tempat yang sama...? Mahu salahkan kenderaan berat...? Mana perginya penguatkuasaan larangan kenderaan berat memasuki Kuala Lumpur...? DBKL tidak sewajarnya mengeluarkan kenyataan yang memper*****kan rakyat, kerana rakyat sekarang sudah jauh lebih bijak dan lebih pandai menilai - Arahan-arahan Teknik oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) boleh dibeli oleh sesiapa sahaja di ibu pejabat Kementerian Kerja Raya sebagai rujukan. DBKL sepatutnya menerima hakikat bahawa zaman untuk mereka mendabik dada sebagai "serba tahu" sudah lama berakhir.



Serius saya katakan, saya amat kesal akan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ku Nan dan Datuk Seri Ahmad Phesal kerana kenyataan mereka itu merupakan kenyataan ***** sombong. Maaflah, saya tahu memang bahasa saya begitu kasar kali ini, tetapi saya berasa amat marah dan amat kesal akan sikap ego mereka yang enggan menerima teguran. Tidakkah mereka sedar bahawa tindakan Brotherhood menampal sendiri lubang di jalan-jalan raya Kuala Lumpur sebenarnya menunjukkan bahawa mereka semakin hilang kepercayaan terhadap DBKL...? Tahukah mereka bahawa Brotherhood kehilangan tiga orang anggota akibat kemalangan yang berpunca daripada kegagalan DBKL menampal jalan berlubang...? Sedarkah DBKL bahawa kenyataan mereka itu hanya memburukkan lagi keadaan serta mengeruhkan lagi hubungan antara Brotherhood dengan DBKL..? Tidak bolehkah mereka merendah diri serta mengakui sahaja kelemahan mereka dalam pengurusan dan penyelenggaraan jalan raya di ibu kota...?



Antara alasan yang diberikan oleh DBKL dalam isu jalan raya dibiarkan berlubang tanpa ditampal termasuklah terdapat kerja-kerja pembaikan serta naik taraf utiliti seperti kabel elektrik, paip air dan paip pembentung. Kalau benar ada kerja-kerja sebegitu, kenapa dibiarkan sahaja kerja-kerja itu dilakukan secara cincai...? Mana perginya papan tanda amaran...? Mana perginya kon amaran...? Kenapa DBKL tidak berkeras mengambil tindakan tegas terhadap syarikat-syarikat utiliti yang membuat kerja secara cincai dan membahayakan pengguna jalan raya khususnya motosikal...? Mahu tunggu berapa ramai lagi yang mati baru mahu bertindak...?



Cuba lihat JKR. Kalau diikutkan, mereka perlu menyelenggara rangkaian jalan persekutuan dan negeri yang jauh lebih panjang daripada rangkaian jalan raya DBKL. Namun, atas sebab apa pengurusan jalan raya oleh JKR jauh lebih baik berbanding JKR...? Pertama, rata-rata jalan raya kendalian JKR mempunyai kod laluan. Selain itu, jalan-jalan raya JKR juga dilengkapi batu penanda kilometer. Tidak cukup lagi, ada sesetengah pejabat JKR daerah yang turut memasang penanda kilometer setiap 100 m seperti di lebuh raya ekspres. Kedua-dua maklumat tersebut amat membantu JKR bagi mengenal pasti lokasi sebenar kerosakan jalan. Malah, baru-baru ini JKR sedang membangunkan satu aplikasi telefon pintar bagi memudahkan pengguna jalan raya menyalurkan aduan dengan hanya memuat naik gambar kerosakan jalan serta menandakan lokasi jalan rosak pada GPS. Inisiatif sebeginilah yang kita mahukan. Namun, jika dibandingkan dengan DBKL, pengurusan jalan raya oleh DBKL sendiri sangat teruk. Tiada kod laluan dipamerkan pada mana-mana papan tanda DBKL. Penanda kilometer pun tak ada. Maka, pekerja DBKL terpaksa mencari kerosakan yang dimaksudkan itu pada keseluruhan jalan yang dilaporkan itu dan bukannya dalam lingkungan 200 m atau 2 km seperti pada jalan-jalan raya kendalian JKR. Patutlah aduan kerosakan jalan raya DBKL lambat menerima maklum balas...!!! Saya difahamkan semasa zaman Datuk Elyas Omar menjadi Datuk Bandar Kuala Lumpur pada tahun 1980an, beliau telah menubuhkan pasukan pencari lubang untuk menjejaki setiap lubang yang ada pada jalan raya Kuala Lumpur dan seterusnya menampal lubang tersebut. Sekarang...? Mana perginya pasukan pencari lubang semasa zaman Datuk Elyas Omar dulu, kenapa pasukan sebegitu sudah tiada lagi...?



Selain kelemahan pengurusan jalan raya, kelemahan komunikasi serta kerenah birokrasi turut menyumbang kepada kelemahan pengurusan jalan raya DBKL. Ia terbukti apabila terdapat sebegitu banyak lurang (manhole) yang kedudukannya tidak tetap - sekejap di tepi jalan dan sekejap di tengah jalan. Kebanyakan lurang yang ada pula berlubang dan mendap, sekaligus menjadi ancaman utama kepada pengguna jalan raya. Maka, jika ada penunggang motosikal yang terlanggar lurang tersebut, maka penunggang motosikal akan hilang kawalan dan seterusnya mengakibatkan kemalangan. Seterusnya, DBKL mendakwa bahawa antara punca jalan berlubang adalah disebabkan kerja-kerja penampalan oleh syarikat-syarikat utiliti dan telekomunikasi (TM, TNB, Syabas, Indah Water etc) yang dilakukan secara cincai sahaja. Kalau begitu kenapa tidak ambil tindakan tegas terhadap syarikat-syarikat utiliti tersebut...? Kalau kena pada rakyat marhaen, laju sahaja DBKL hendak mengeluarkan surat saman. Apakah syarikat-syarikat tersebut kebal daripada undang-undang sehinggakan DBKL nak saman pun takut-takut...? Apa kejadahnya semua ini...?



Itu baru masalah yang berpunca daripada kelemahan komunikasi. Kerenah birokrasi pula bagaimana...? Dakwaan DBKL yang mengatakan kononnya Brotherhood perlu ikuti spesifikasi dan piawaian itu juga satu bentuk bentuk kerenah birokrasi. Malah, DBKL dengan angkuhnya menolak sebarang kerjasama dengan pihak persendirian yang mahu menurap semula jalan-jalan di KL, kononnya kena ikut "spesifikasi DBKL". Habis tu adakah mereka sendiri mematuhi spesifikasi yang dikatakan itu...? Kalau itu pun nak kena tunggu "ikut spesifikasi DBKL", maka sudah tentulah sebegitu banyak lubang baharu akan timbul setelah memperbaiki hanya satu lubang sahaja.



Menurut jurucakap Brotherhood, Encik Azlan Sani Nawawi atau lebih dikenali sebagai Lando, beliau mendakwa bahawa kos yang dilaburkan oleh mereka untuk menampal lubang hanyalah sekitar RM2,000 sahaja, tetapi kos yang dilaburkan oleh DBKL untuk menampal lubang yang sama pula sudah mencecah RM18,000. Maka, sesiapa sahaja yang berakal sudah tentu akan mengatakan bahawa terdapat kemungkinan berlakunya ketirisan akibat kerenah birokrasi yang keterlaluan.



Kepada DBKL dan Ku Nan, sudah-sudahlah berlagak sombong. Tidak cukup lagikah buat hal sepanjang tahun 2014 dengan pelbagai isu kontroversi termasuklah isu tukar nama jalan secara mengejut sebelum ini...? Sepatutnya Ku Nan, Datuk Seri Ahmad Phesal serta DBKL berasa malu apabila terdapat individu atau kumpulan yang terpaksa menampal jalan raya sendiri, kerana ia menunjukkan bahawa pengguna jalan raya semakin hilang kepercayaan terhadap DBKL dalam menguruskan dan menyelenggara jalan raya di Kuala Lumpur. Serius saya katakan, saya sendiri pun sudah hilang kepercayaan terhadap DBKL dalam menguruskan dan menyelenggara jalan-jalan raya utama di Kuala Lumpur. Apabila hal sebegini sudah terjadi, maka DBKL sepatutnya meminta maaf kepada pengguna jalan raya dan bukannya mempertahankan keculasan mereka serta mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Brotherhood. Sebaliknya, mangsa kemalangan serta kerosakan kenderaanlah yang sepatutnya mengambil tindakan saman terhadap DBKL atas kecuaian mereka. Namun, adakah DBKL akan membayar walau sesen pun ganti rugi kepada mangsa kemalangan atau kerosakan kenderaan akibat jalan berlubang yang dibiarkan tidak bertampal...? Saya sendiri pun pernah dua kali menjadi mangsa keculasan dan kecuaian DBKL apabila terlanggar lubang yang besar semasa menunggang motosikal sehingga menyebabkan tayar pecah dan rim bengkok, dengan kerugian lebih kurang RM700 bagi kedua-dua insiden - tetapi adakah DBKL mahu bertanggungjawab membayar balik ganti rugi tersebut...? Jangan haraplah mereka akan bayar...!!!



Kepada DBKL, jika sudah tidak lagi berupaya untuk menguruskan penyelenggaraan jalan raya utama di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan cekap, maka ada baiknya jika DBKL melepaskan sahaja tanggungjawab penyelenggaraan jalan-jalan arteri utama di ibu kota dan seterusnya menyerahkan hak penyelenggaraan jalan raya tersebut kepada Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kerana saya lebih meyakini hasil kerja JKR berbanding DBKL. Memang benar masih ada jalan JKR yang berlubang, tetapi sekurang-kurangnya JKR memberi maklum balas yang lebih pantas bagi aduan kerosakan jalan, termasuklah aduan melalui Facebook dan Twitter. Paling penting, JKR lebih berhemah, lebih merendah diri dan lebih berbudi bahasa ketika melayani setiap aduan kerosakan jalan raya dan bukannya berlagak sombong seperti isu kontroversi kali ini. Sekurang-kurangnya hati yang panas akibat jalan yang berlubang pun akan menjadi sejuk hasil budi bahasa warga JKR semasa melayani aduan jalan raya.



Akhir kata, Blog Jalan Raya Malaysia menyokong penuh segala usaha yang dilakukan oleh Brotherhood demi keselamatan semua pengguna jalan raya. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi kalian.



Sumber


Santai Pakcik buta gigih jual minyak atar RM1.50 sebotol




..


Sunday, 21 December 2014

Others info GST




Santai Mamat ni kononnya nak koyak tiket final kalau Najib turun stadium








Ada individu terbawa-bawa dengan ideologi politik sehingga mengaitkannya dengan sukan.













Bagaimanapun, ia disambut dengan balasan yang penuh sinis oleh pengguna Facebook yang lain.



Kebanyakan mereka mencabarnya untuk mengoyakkan tiket kerana Perdana Menteri sememangnya akan hadir bagi menyaksikan perlawanan itu.







Saturday, 20 December 2014

Debate Rupiah Jatuh Ke Tahun Krisis 1998

Share/Info Pepijat & Cara Menghilangkan Kesan Gigitan LOVE BITE


Pepijat: Cara Menghilangkan Kesan Gigitan











Beberapa fakta tentang pepijat:



Pepijat merupakan serangga yang aktif pada waktu malam untuk mencari makan ketika kita sedang tidur.



Pada waktu siang pepijat akan menyorok pada rekahan, rak buku, celahan katil dan lain-lain tempat yang mudah untuk mereka mendapatkan akses kepada manusia bagi mencari makan.



Walaupun kerap ditemui berhampiran tempat kita tidur atau duduk, pepijat sebenarnya merupakan serangga yang bergerak pantas dan mampu melakukan perjalanan jauh untuk mencari makan.



Dengan menggunakan paruh tajam seperti nyamuk pepijat menggigit dan menyuntik air liur yang mengandungi antikoagulan bagi menghalang pembekuan darah.



Airliur itu juga bertindak sebagai agen bius yang menghalang kita merasa sakit ketika pepijat menghisap darah. Kita akan mula merasakannya setelah pepijat berhenti dan meninggalkan kita.



Anak pepijat (Nimfa) mengambil masa selama 3 minit untuk menghisap darah kita manakala pepijat dewasa pula mengambil masa selama 10 hingga 15 minit. Selepas kenyang mereka akan merangkak semula menuju ke tempat persembunyian mereka.






Tanda-tanda gigitan pepijat.




Rupa gigitan pepijat adalah sama sahaja dengan rupa kesan gigitan serangga lain seperti nyamuk, semut, kutu, pacat atau lain-lainnya.



Namun begitu kita boleh meneka samada ianya kesan gigitan pepijat melalui pemerhatian pada kesan gigitan tersebut.



Jika terkena gigitan pertama kali mungkin agak sukar untuk menelah yang ianya adalah gigitan pepijat, tetapi jika lebih daripada sekali pada kawasan yang sama secara berkelompok atau linear, ia menunjukkan bahawa itu adalah kesan gigitan pepijat.



Kebiasannya menyorok lebih daripada seekor pada tempat yang sama membuatkan kesan gigitan yang ada senantiasa berligar di kawasan yang berhampiran sahaja.



Adanya kesan gigitan lagi pada hari yang keduanya dan juga pada kawasan yang sama mengesahkan lagi bahawa ianya adalah kesan gigitan pepijat yang berada berhampiran menyorok di kawasan yang terkena gigitan tersebut.



Kesan kemerahan kecil serta terasa gatal yang membuatkan kita tergaru-garu juga merupakan satu lagi tanda ianya adalah kesan gigitan pepijat. Garuan kita boleh menimbulkan infeksi atau jangkitan pada kulit.



Jika kita temui kesan topokan darah yang kecil atau tompokan hitan beripa najis pepijat, itu menandakan memang sah gigitan yang kita ada datang daripada pepijat.






Dimanakah kebiasannya kita mendapat kesan gigitan pepijat.



Pepijat akan menggigit pada anggota kita di mana-mana saja asalkan ianya terdedah kepada pepijat. Namun kebiasannya kita digigit pepijat di kawasan anggota seperti berikut:



Kawasan leher

Kawasan muka

Kawasan belakang

Kawasan tangan dan lengan

Kawasan kaki.





Berapa lamakah kesan gigitan tersebut mula terasa dan kekal pada kita.



Kesan ruam atau gatal pada kulit kita amat bergantung pada individu. Bagi mereka yang mempunyai alahan ia akan menimbulkan kesan ruam yang teruk dan berpanjangan mungkin lebih dari seminggu kerana kesan gigitan demi gigitan dalam tempoh beberap hari.



Bagi mereka yang tidak punyai alahan gigitan pula, kadangkala tidak akan mempunyai apa-apa kesanpun.



Ada kes di mana kesan ruam hanya akan muncul setelah beberap hari dan ianya amat bergantung pada alahan pada setiap individu.



Secara umumnya kesan gigitan mula muncul setelah beberapa jam daripada gigitan dan berkekalan selama 2 atau 3 hari sebelum lega. Jika anda punyai alahan ia akan kekal lebih lama lagi dan kita perlukan rawatan bagi mencegah kesan ini daripada berlanjutan lebih panjang.





Adakah gigitan pepejat boleh menyebabkan kita terkena jangkitan penyakit yang merebak.




Pada umumnya tidak ada lagi laporan mengatakan pepijat membawa penyakit berjangkit.



Gigitannya hanyalah mendatangkan kesan gangguan dan tidak selesa sahaja.



Walaubagaimanapun bagi mereka yang ada alahan pada gigitan ia boleh mendatangkan kesan mual serta kejutan yang memberikan kesan psikologi tidak dapat tidur.






Bagaimana merawat kesan gigitan pepijat.



Untuk menghilang rasa pedih gigitan pepijat, lalukan anggota yang digigit itu pada air suam yang mengalir selama sekurang-kurangnya satu minit. Ini akan membuatkan kita rasa lebih selesa.



Untuk kesan pedih yang kuat anda boleh sapukan lotion antiseptik atau krim antibiotik.



Bagi mereka yang ada alahan pada gigitan pepijat, anda boleh gunakan 'oral antihistamines' bagi menutup deria badan yang mengesan rasa gatal. Ia ada dalam bentuk pil atau kapsul dan ada juga dalam bentuk semburan.







Bagaimana anda boleh hapuskan terus serangan pepijat daripada rumah anda.




Cara terbaik adalah dengan memanggil syarikat perkhidmatan kawalan serangga yang berlesen di kawasan penempatan anda tinggal.



Arahkan syarikat tersebut untuk membuat pemeriksaan rapi pada rumah anda dan upah mereka untuk membuat rawatan bagi menghapuskan pepijat yang ada.

Jika anda mahu melakukannya sendiri anda boleh membuat beberapa perkara seperti di bawah:

Cuci dengan bersih keseluruhan rumah anda.

Basuh segala tilam, cadar, selimut serta katil anda dengan menggunakan air panas.

Vacum semua karpet dan tempat rekahan yang ada dengan mesin vacum berkuasa tinggi.

Balut tilam anda dengan menggunakan cadar tahan pepijat atau 'bedbugs proof cover'.



Sponsored